- See more at: https://jepunmari2.blogspot.com/p/cara-tukar.html#sthash.PrrPdanp.dpuf Chenta Syahiera: February 2016

28 Feb 2016

WIDGET FOLLOWER TAK BERFUNGSI :(

Posted by scha syahiera at 14:49 9 comments
Assalamualaikum w.b.t :)

Sebenarnya dah lama Ieyra nak tanay benda ni tapi tak tertanya sampai la hari ni. Baru berkesempatan nak tanya. Cuba kawan-kawan tengok, tolong la ajar Ieyra yang baru dalam bidang blogging ni. Kenapa Sidebar untuk follower jadi macam tu?? Dah cuba remove then letak balik tapi still tak keluar list of follower. Rasa down pun ada. Yelaa, walaupun follower sikit tapi dah jadi kebiasaan klik-klik kat situ untuk blogwalking. :(


 Ieyra pun ada terbaca ada sorang member jadik cenggini tapi dia pun tak tau nak buat apa. Gaiss, help me. :( Apa pun Ieyra ucap thank you ye. Love you. :)

23 Feb 2016

Semester 2 Tahun Dua

Posted by scha syahiera at 08:27 0 comments
Assalamualaikum w.b.t :)

23 Februari 2016
Bermulalah kehidupan kembali sebagai seorang pelajar ijazan jurusan teknologi maklumat setelah 5minggu melalui cuti semester yang amat bermakna dan menggembirakan. Bersama si kembar dan Encik Suami yang selalu menceriakan hari-hari sepanjang 5minggu itu. Alhamdulillah masih diberi peluang untuk merasai kehidupan normal sebagai seorang ibu, menjaga dan membesarkan si kembar tanpa bantuan sesiapa.

21Februari 2016
Ieyra tinggalkan mereka dengan pesanan 'Jaga permata Along baik-baik.' untuk Encik Suami dan Umi Abah. Air mata bercucuran, tapi bibir masih lagi tersenyum saat mencium kedua-dua permata hati Ieyra tu. Abang Khalish & Adik Khasyi juga tersenyum, melambai-lambai tangan ketika kereta bergerak. Allahuu. Beratnya hati Umi sayang, doakan Umi baik-baik sahaja di sini. Balik dengan keputusan yang membanggakan, bukan hanya grad semata-mata.

In shaa Allah, Ieyra akan upload gambar mereka sepanjang kami bercuti beberapa minggu yang lepas. Ieyra perlu menghadiri kelas. Take care gaiss, have a nice day!

My sons' the most precious thing to me; he's changed me from being selfish to selfless.

 

Chenta Syahiera Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea