- See more at: https://jepunmari2.blogspot.com/p/cara-tukar.html#sthash.PrrPdanp.dpuf Chenta Syahiera: Resepi Chicken Rice Baked Cheese

3 Oct 2015

Resepi Chicken Rice Baked Cheese

Posted by scha syahiera at 07:57
Bismillahirrohmanirrahim.

Pagi-pagi ni, lebih kurang pukul7.45 pagi, kalau di semenanjung, menghampiri pukul9. Tapi kat sini, mendung, perut pun berdendang sayang dah. Okeh, Ieyra nak share satu resepi mudah dan simple untuk peminat chicken rice baked cheese di Pizza Hut. Ieyra kalau pergi Pizza Hut tak pernah sentuh Pizza, mesti order rice baked jek. Entah la kenapa anti sangat pizza dia. Hehehe.

Okey, masuk topik balik :

Nasi sejuk 
Isi ayam -cuci & potong kecil
Sweetcorn (frozen)
Button Mushroom -hiris
Mushroom cream (tin)/ cabonara sauce spagetti
Bawang putih 2ulas -cincang
Bawang Holland sebiji - cincang
Mushroom soup (paket @ tin) 
Mozzarella/Cheddar Cheese grated/Apa-apa cheese(Chesedale/Kraft/etc)
Lada putih
Garam

Cara-caranya :

First, tumis bawang putih & bawang Holland dan masukkan isi ayam + garam + lada putih secukup rasa. Bila ayam dah separuh masak tutup api & ketepikan. Gaul nasi bersama ayam yg telah dimasak tadi, then tambah button mushroom + sweetcorn + mushroom cream, gaul rata. Masukkan dlm bekas yg disediakan dan ratakan. Susun ayam yang sebelumnya dimasak atas nasi dan sapu mushroom soup atas permukaan nasi  & lastly tabur grated cheese (Kalau guna cheese slice potong memanjang, kecik-kecik dan susun supaya rata). Ieyra guna multicooker, bakar within 15minutes sahaja sehingga cheese cair & warna bertukar perang. Siap:D





Fresh dari multicooker untu berbuka puasa hari Arafah tempoh hari. Selamat mencuba kawan-kawan. :)




1 comment:

 

Chenta Syahiera Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea