- See more at: https://jepunmari2.blogspot.com/p/cara-tukar.html#sthash.PrrPdanp.dpuf Chenta Syahiera: October 2015

18 Oct 2015

Isteri Manja, Suami Pendengar Terbaik

Posted by scha syahiera at 09:46 1 comments
Assalamualaikum wbt :)



Mendung je hari ni kat Labuan. Ieyra pagi-pagi lagi dah bangun, buat cucur udang semua. Makan dengan sos lepas tu baru iron baju, iron tudung untuk pergi kampus. Study nye sayaaaa!! :D

Baru siap tukar baju semua, tetiba hujan turun dengan lebatnya. Dah la Ieyra takde payung, mood terus down tapi teruskan jugak plan nak ke kampus. Sampai je kampus terus pergi library, tengok-tengok, intai-intai, takde seorang pun groups member Ieyra. Allahuu, dugaan. Mesti tiada yang bangun pun lagi. Sabar je la. Nasib baik Ieyra dah prepare awal-awal keje lain yang boleh buat sepanjang kat sini antaranya ialah update blog ni. Hahaha. Nice work!!

okeh, teringat pulak conversation dengan Encik Suami semalam. Yaa, semalam sebelum tidur. Tiba-tiba bincang pasal plan yang nak buat rumah tu although rumah dah ada pun, bapak besarnya lagi. Tapi, Ieyra nak rumah yang Ieyra design sendiri, yang memang kepunyaan kami berempat, bukan adanya orang lain. Lagipun Ieyra nak rumah yang kecik, yang betul-betul special design untuk family Ieyra ni. High demand kau jahh.

Bincang la sekejap, bila dah settle, masuk bab lain. (Biasa laa, perempuan banyak modal) Tetiba terluah jugak perasaan yang ada dalam hati dan masalah yang bermain je kat fikiran sehari dua ni. Apa?? Entah la Ieyra pun tak tahu, mungkin sebab perbelanjaan. Nak cakap Ieyra takde duit/ tak cukup duit, Ieyra ada melebihi apa yang Ieyra perlukan tapi Ieyra still rasa in trouble. Ieyra rasa macam nak lari, nak balik rumah, duduk dengan suami Ieyra & anak-anak, tak payah fikir masalah ni lagi. Tapi Ieyra tahu, Ieyra tak boleh. That time I feel to fell down, I know I cant! I have to be strong!

Encik Suami terus pujuk. Bukan memarahi, tu sikap yang Ieyra suka. Katanya, bukan masanya lagi. Mula-mula susah, akhir nanti ada la kesenangan. Hidup ni singkat je, kalau kita tidak manfaatkan rugi.

Ieyra cuba tersenyum. Ieyra cuba kuat untuk dia. Ieyra tahu Ieyra banyak berkorban tapi Ieyra mesti tahu si kembar dan ayahnya lagi banyak berkorban. Sanggup meminjamkan Umi pada masayarakat untuk menyumbang pada negara satu hari nanti. In shaa Allah.


I love that feeling of being in love, the effect of having butterflies when you wake up in the morning. That is special.



17 Oct 2015

Menawarkan Sponsor Untuk Give Away

Posted by scha syahiera at 21:10 0 comments
Assalamualaikum wbt :)

Takde apa yang nak citer sebenarnya, just nak bagi tau kat kawan-kawan blogging yang dikasihi. Kalau ada sesiapa yang nak anjurkan 'give away' boleh contact email Ieyra : scha_syahiera@yahoo.com / FB : Scha Syahiera untuk permohonan sponsor.

16 Oct 2015

Segmen Bloglist Blogger Baru 1437H

Posted by scha syahiera at 06:57 5 comments
Assalamualaikum wbt.

Moh kite join ramai-ramai :D  Jangan lupa klik link kat atas tu tau. :)


12 Oct 2015

Giveaway 2015 By Syafiyahluv.com

Posted by scha syahiera at 15:08 9 comments
Assalamualaikum wbt :D



SYARAT-SYARAT:

1. Buat 1 entry bertajuk "Giveaway 2015 By Syafiyahluv.com".
2. Copy banner dan tepek di entry korang tuh beserta dengan backlink ke entry ini.
3. Tinggalkan link entry segment, nama facebook, nama instagram (kalau ada) korang ke dalam ruangan komen.
4. Segmen akan bermula pada 1 Oktober 2015 jam 10 pagi dan akan berakhir pada 31 Oktober 2015 10 malam. Dalam tempoh 1 bulan sahaja ye.
5. 1 November Cie akan senaraikan nama peserta yang menyertai.
6. 2 November pula Cie akan umumkan pemenang.
7. Pemilihan pemenang menggunakan khidmat random.org.
8. Keputusan adalah muktamad.

11 Oct 2015

Segmen - SukaGelak nak link entri terbaru korang

Posted by scha syahiera at 08:31 4 comments
Assalamualaikum wbt :D



Klik banner untuk join :D

segmen: saya sayang blog saya

Posted by scha syahiera at 07:45 0 comments
Assalamualaikum wbt :D



THENAMYBLOG 1st ANNIVERSARY

Posted by scha syahiera at 07:22 6 comments
Assalamualaikum wbt :D




Jom support rakan blogger kita.



GIVEAWAY : NOVEL KESAYANGANS

Posted by scha syahiera at 07:14 4 comments
Assalamualaikum wbt :D





Jum support GA Novel Kesayangan Ni. Ieyra join sebab nanti dapat something FREE untuk dibaca. Semoga Allah SWT merahmati penganjur. :D



Happy Birthday Abang Khalish & Adik Khasyi

Posted by scha syahiera at 06:50 1 comments
Assalamualaikum wbt :D

Happy Birthday sayang-sayang umi. Semoga jadi anak yang soleh dunia dan akhirat. Walaupun jauh kat sini, Umi still ingat awak berdua, sentiasa doakan yang terbaik untuk awak berdua.

Dah setahun berlalu, sebak pun ada. Dah besar anak Umi walaupun jarang je masa kita bersama, awak still lagi rapat dengan Umi. Umi mintak maaf tak dapat jadi yang terbaik, tak dapat 24/7 days dengan awak. Tapi Umi nak yang terbaik untuk your future. Do remember me, I LOVE YOU sayang.























Immature love says: 'I love you because I need you.' Mature love says 'I need you because I love you.'


10 Oct 2015

Twinnie Turn 1 Tomorrow

Posted by scha syahiera at 19:43 4 comments
Assalamualaikum :D

Once again blog bertukar wajah, dah makin pandai membina/mencantikkan blog sendiri la katakan. Hehehe.

Malam ni, nak sembang pasal hari esok. Pepagi esok, ada gotong-royong untuk kolej kediaman Mutiara, Alpha & Beta tak tau la ada ke tidak. Ada kot. Nampak gayanye, penat lagi. Tadi pun dah penat, bayangkan pagi-pagi lagi dah ada kuliah insaniah, dari pukul9 hingga pukul1.30 lepas tu sambung lagi kelas pukul2 hingga pukul5.

Sampai je kat bilik, mandi dan makan, study Mandarin untuk kuiz hari Isnin dan terlelap sekejap padahal dah menghampiri waktu Maghrib. Selama ni tak pernah tidur siang hari. Kepenatan. Sabar je la. Jarang-jarang je ni pun.

Esok 11.10.2015 / 11 Oktober 2015

My twinnie turn 1 actually. Sedihnya perasaan seorang ibu yang tak dapat bersama anak-anak untuk menyambut ulang tahun kelahiran pertama  mereka. Tapi Ieyra takde la sedih sangat sebab sebelum datang labuan hari tu dah celebrate birthday dorg besar jugak la walaupun tak cukup setahun lagi waktu tu sebab dah agak memang tak dapat balik untuk esok. Tiket flight pun mahal dengan masa nya yang singkat. So, senang-senang tak payah balik.



Setiap ibu nak yang terbaik, Ieyra pun macam tu. Ieyra harap, Abang Khalish & Adik Khasyi sihat selalu, jadi anak yang berguna untuk agama di dunia dan di akhirat. Boleh mandikan jenazah Umi dan Abah, boleh doakan Umi & Abah kalau kiteorg dah takde nanti.




5 Oct 2015

GA OCTOBER

Posted by scha syahiera at 08:18 4 comments
Assalamualaikum wbt :)


Resepi Pengat Ubi Keledek

Posted by scha syahiera at 07:44 1 comments
Assalamualaikum wbt. :)Hari ni, bangun pepagi dah basuh baju, kemas rumah, settle apa yang patut then masuk dapur godek-godek apa yang ada. Ada ubi keledek yang Ieyra beli semalam kat Family Mart. Dalam kepala, buat pengat je la. Haaa, terus potong-potong, rebus kasi separuh masak.Nak resepi?? Meh rapat-rapat Ibu muda nak share :)



Bahan-bahan:


ubi keledek
santan
daun pandan
gula melaka
garam secubit

Cara-cara:
1. ubi keledek di potong dan direbus sehingga agak empuk. Ketepikan seketika.
2. Letak air ke dalam periuk mengikut sukatan kuah yang dikehendaki, masukkan gula melaka, daun pandan dan garam.
3. biarkan seketika masukkan santan.
4. kacau dengan api perlahan sehingga santan masak.
5.boleh dihidangkan.

Hasilnya cenggini :







The best thing to hold onto in life is each other.

4 Oct 2015

Tips penjagaan bayi pramatang

Posted by scha syahiera at 08:44 3 comments
Assalamualaikum wbt. :)

Ieyra nak citer kisah penjagaan bayi pramatang khasnya bila kita kat rumah. Ieyra harap semua readers faham apa itu istilah bayi pramatang, atau bahasa kita-kita bayi tidak cukup bulan. Biasanya bayi pramatang tidak mempunyai berat yang tinggi seperti anak kembar Ieyra, they are about 1.67kg and 1.8kg. Yess, kecik sangat. Ada jugak yang besar disebabkan oleh ibu menghidap kencing manis dan sebagainya sehingga mencecah 3kg walaupun pramatang.


Muhammad Khalish Syazani & Muhammad Khasyi Syazwan

Kat atas tu anak-anak Ieyra yang baru beberapa hari pulang ke rumah. Allahu, dengan ilmu yang sedikit, dikurniakan anak dua serentak, rasa down namun cepat-cepat muhasabah diri balik. Yes, Allah SWT tak kasi kalau kita tak mampu, right?? Sekecik mana pun mereka, seburuk mana pun mereka, they're still my son.

Bila dah sampai rumah, Ieyra memang cerewet like always, semua benda kena bersih. Ieyra bersalin secara ceaser, so lebih senang bergerak kot sebab dah terbiasa semasa room in dengan si kembar, memang tak berpantang sangat. Ke hulu ke hilir, susu kan mereka, uruskan diri sampai tak sempat terpaksa suruh nurse yang tolong tengokkan time terpaksa tu.


1) Seboleh bolehnya pastikan bayi tidur terlentang bukan meniarap. Bayi pramatang dibawah 6 bulan terdedah kepada risiko kematian secara tiba tiba dalam tidur atau Sudden Infant Death. Jadi biarkan mereka tidur secara terlentang untuk membolehkan kita memantau keadaan mereka
2) Sesuaikan suhu bilik dirumah, jangan terlalu panas atau terlalu sejuk. Bayi pramatang sangat sensitif.
3) Pernafasan bayi  boleh terhenti selama beberapa ketika. Ini dipanggil Apnea. Pastikan anda belajar cara untuk membantu bayi bernafas semula sebelum meninggalkan hospital. Atau cepat cepat dapatkan bantuan jika keadaan ini terjadi
4) Seelok eloknya susu bayi dengan susu ibu kerana susu ibu mengandungi antibodi dan nutrien yang tinggi untuk membantu meningkatkan daya pertahanan tubuh anak dari serangan penyakit dan menyokong tumbesaran mereka agar lebih sihat. (Ieyra cukup-cukup 6months susukan si kembar)
5) Jika menggunakan botol, pastikan alatan menyusu disteril sebelum digunakan. Begitu dengan permainannya
6) Biasakan cuci tangan sebersih bersihnya sebelum menyentuh bayi. Kami guna hand sanitizer yang dibeli di farmasi ketika itu. Lebih mudah
7) Kurangkan keluar atau berjalan jalan di tempat yang sesak dan ramai orang kerana mereka mudah terkena jangkitan penyakit.
8) Jika ada yang bertandang di rumah, beritahu mereka keadaan anak tidak berapa kuat supaya mereka faham
9) Banyakkan sentuhan dan dakapan dengan anak. Sentuhan kulit ke kulit boleh merangsang emosi anak yang sihat dan menggalakkan anak untuk cepat membesar. Kangaroo-careadalah salah satu cara yang sangat digalakkan.
10) Pastikan keadaan rumah sentiasa bersih dari kotoran. Jauhkan bayi pramatang dari ahli keluarga yang kurang sihat seperti selsema.
Thats all yang Ieyra boleh share dengan ibu-ibu. Berdasarkan pengalaman Ieyra sendiri setahun yang lepas.



Dah besar, 11haribulan nanti cukup setahun anak-anak Ieyra. Doakan mereka terus sihat walafiat, menjadi anak yang soleh dunia dan akhirat.

In every conceivable manner, the family is link to our past, bridge to our future.

3 Oct 2015

Bercinta Selepas Nikah

Posted by scha syahiera at 19:58 3 comments
Dah lama Ieyra perhati je benda ni. Dulu masa budak-budak, bukan takde, ada tapi bagai tiada. Rapat tapi tak declair, rindu diluah tapi mungkin dalam nada gurauan. I guess. Yess, Ieyra pernah lalui, sebagai remaja, it's normal.

Never treat him like a husband selagi belum SAH!

Menarik topik ni. Kawan ajak keluar, sekejap ek, nak tanya pakwe aku. Kadang-kadang terfikir jugak, sejak bila tanggungjawab mak ayah, pakwe yang pikul? Sepatutnya tanya parents, kan??

Bila azan Subuh, pakwe kejutkan. Kalau tak, Zohor baru bangun. Kalau kat rumah, mak ayah kejut 10kali pun entah bangun entah tidak. That's perempuan zaman sekarang. Lepas tu, bila putus, mula tanya Allah SWT kenapa tak berlaku adil? Habis, kau ingat Allah restu apa yang kau buat selama ni??

Nak cerita soal kahwin pulak, hantaran tinggi dan sebagainya. Bagi Ieyra itu tak menjadi masalah kalau kedua-dua belah pihak mampu. Ikut dia la nak pelamin satu ekar tanah pun, kenduri 7hari 6malam pun atas alasan dia mampu. Tapi diingatkan juga di sini, janganlah berlebih-lebiha, boleh timbul riak di situ.

Ieyra kahwin??

Yess, family arrangement. Ye ke? Cane Ieyra boleh terima je? Pakwe Ieyra??

Banyak soalan tapi banyak juga jawapan yang tak mampu Ieyra luahkan di sini. Berkahwin ketika umur menjangkau 18tahun. Hanya Allah SWT yang tahu, sepanjang kahwin, suami Ieyra je yang masak. Lepas beberapa bulan, baru teringin nak belajar masak. Alhamdulillah suami penyabar orangnya. Ajar satu-satu, masak nasi, sukat air macam mana, masak lauk, gulai & kari sebagainya. Bila waktu solat, bawak Ieyra pergi masjid. Allah, sayunya hati. Mungkin dari itu timbulnya sayang yang tak terhingga, Alhamdulillah Allah buka pintu hati.

Sekarang sudah melangkaui dua tahun usia perkahwinan, mempunyai dua cahaya mata yang cukup sempurna.

Ditanya lagi, bajet perkahwinan.

Allahu, segan hendak bercerita kerana tidak mewah seperti artis tidak pula mulia seperti zaman nabi dahulu. Bajet kami hanya lebih kurang rm4000. Baju readymade butik yang murah-murah, pelamin, sekadar tangkap-tangkap gambar sahaja. begitulah perkahwinan kami.

Lepas kahwin, rezeki melimpah ruah, setiap kali anniversary in shaa Allah kami celebrate, photoshoot, tiada rasa malu sebab semua dah halal. Ditemani si kembar. Allahu, indahnya perancanganMu. Alhamdulillah.


Heart can see what eyes cant see.


Tukar Template

Posted by scha syahiera at 19:30 1 comments
Alhamdulillah..

Setelah satu hari bertungkus-lumus cuba itu ini, akhirnya, wujud jugak sebuah blog untuk assignment Alam Sekitar. Selama ni blog sendiri pun bayar orang je untuk tukar template, design bagai. Today, yakin jek boleh buka bisnes. Aceceh. :D

Then, ni haa...




Comel tak? Menepati tema Alam Sekitar la kot. Hehehe, kawan-kawan yang belum pandai boleh cuba sendiri. Gogogo chaiyokkk!!



We waste time looking for the perfect lover, instead of creating the perfect love.



Posted by scha syahiera at 08:57 0 comments






UNDER
MAINTAINANCE







Resepi Chicken Rice Baked Cheese

Posted by scha syahiera at 07:57 1 comments
Bismillahirrohmanirrahim.

Pagi-pagi ni, lebih kurang pukul7.45 pagi, kalau di semenanjung, menghampiri pukul9. Tapi kat sini, mendung, perut pun berdendang sayang dah. Okeh, Ieyra nak share satu resepi mudah dan simple untuk peminat chicken rice baked cheese di Pizza Hut. Ieyra kalau pergi Pizza Hut tak pernah sentuh Pizza, mesti order rice baked jek. Entah la kenapa anti sangat pizza dia. Hehehe.

Okey, masuk topik balik :

Nasi sejuk 
Isi ayam -cuci & potong kecil
Sweetcorn (frozen)
Button Mushroom -hiris
Mushroom cream (tin)/ cabonara sauce spagetti
Bawang putih 2ulas -cincang
Bawang Holland sebiji - cincang
Mushroom soup (paket @ tin) 
Mozzarella/Cheddar Cheese grated/Apa-apa cheese(Chesedale/Kraft/etc)
Lada putih
Garam

Cara-caranya :

First, tumis bawang putih & bawang Holland dan masukkan isi ayam + garam + lada putih secukup rasa. Bila ayam dah separuh masak tutup api & ketepikan. Gaul nasi bersama ayam yg telah dimasak tadi, then tambah button mushroom + sweetcorn + mushroom cream, gaul rata. Masukkan dlm bekas yg disediakan dan ratakan. Susun ayam yang sebelumnya dimasak atas nasi dan sapu mushroom soup atas permukaan nasi  & lastly tabur grated cheese (Kalau guna cheese slice potong memanjang, kecik-kecik dan susun supaya rata). Ieyra guna multicooker, bakar within 15minutes sahaja sehingga cheese cair & warna bertukar perang. Siap:D





Fresh dari multicooker untu berbuka puasa hari Arafah tempoh hari. Selamat mencuba kawan-kawan. :)




2 Oct 2015

Selamat Jalan, Along.

Posted by scha syahiera at 16:58 0 comments
Assalamualaikum wbt :)

Semalam 1 Oktober 2015, about 4am, my sister do wssapp me to inform that, my oldest brother died in an excident in Hulu Besut. Tangan terketar-ketar, that time tak tahu nak buat apa. Selepas solat Subuh, Ieyra menangis, sujud pada-Nya mohon diberi ketabahan. Tiada siapa yang Ieyra perlukan saat ini, hanya DIA. Dia bukan second choice, Dia bukan second most important, Dia priority. Kearana itu aku mencari dia. After 15minutes, baru call Umi untuk maklumkan, siap suruh Umi dengan Abah pergi rumah Ma (my second family angels). Ieyra tahu, keluarga sana pun terkejut melebihi diri Ieyra sendiri yang tiada hubungan darah pun. Semoga arwah Along ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman. I just hope, Ma dengan Abah will be okey, we're always be here for both of you.

Apa yang paling Ieyra terkilan, Ieyra tak dapat balik untuk tengok Along untuk kali terakhir. Ieyra tak dapat berada dengan Ma, Abah & adik-beradik yang lain pada saat-saat begini. Maafkan Ieyra.

Tiada kata yang mampu diucapkan di sini, terbayang-bayang lagi macam mana kali pertama Ieyra boleh be friend dengan my sister, Faekah, i called her Kakak bcs she's three months older than me. We had two mom with same name Hasnah. Well, banyak persamaan di sini. I do love her and also her family. Be strong kakak, both of us, ORANG HARAPAN!! We do love you more.


 

Chenta Syahiera Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea