- See more at: https://jepunmari2.blogspot.com/p/cara-tukar.html#sthash.PrrPdanp.dpuf Chenta Syahiera: Kerana mereka

8 Sept 2015

Kerana mereka

Posted by Chenta Syahiera at 18:58
Assalamualaikum wbt :)

Bukan benda senang tinggalkan orang yang kita sayang nun jauh di Semenanjung sementara kita masih gigih berdiri mencari ilmu di bumi Borneo. Bukan senang nak menidakkan perasaan rindu, sayang dan sedih bersendirian menghadapi pelbagai dugaan. Tapi demi masa depan, dikentalkan jugak hati ni. Masih lagi cuba tersenyum meski hati berserabut dengan kabus kerinduan.

Si kembar yang lahir dari rahim Ieyra sudah mencecah sebelas bulan. Sudah besar badannya yang dulu sebesar botol air mineral sahaja. Sudah pandai senyum, ketawa, meniarap, melunjur, merangkak, berdiri pun sudah pandai. Tunggu berjalan je. Sebagai seorang ibu, Ieyra harap Ieyra tak ketinggalan untuk melihat langkah pertama mereka.

Muhammad Khalish Syazani
Muhammad Khasyi Syazwan

Dua nama inilah yang terpahat dihati Ieyra. Sejak mengandung dan bersalin, hanya mereka yang Ieyra utamankan. Dalam setiap doa, ada nama mereka. Di setiap hari, pasti bertanyakan khabar mereka meski jauh beribu batu.

They said, suami boleh ditinggalkan tapi anak-anak tidak! I need to admit it, yaa so true. Ieyra boleh tahan rindu pada suami tetapi bukan pada mereka. But I know, Allah SWT is the best planner and He has something good for me here. In shaa Allah.

Untuk suami yang tak pernah jemu memberikan semangat,terima kasih yang tak terhingga menyediakan keperluan terutamanya DUIT memandangkan PTPTN sombong dengan kita. Walaupun berjauhan, isterimu di sini sedang bersiap-sedia untuk jadi isteri yang sempurna. Di sini, isterimu belajar agama, belajar menutup aurat dengan sempurna, belajar istiqomah, belajar bersabar. Tahun kedua, masih ada baki lagi dua tahun. Semoga Allah SWT mempermudah urusan kita. In shaa Allah.



“A lady's imagination is very rapid; it jumps from admiration to love, from love to matrimony in a moment.” 





1 comment:

  1. Hidup memerlukan pengorbananan. Pengorbanan memerlukan perjuangan. Perjuangan memerlukan ketabahan. Ketabahan memerlukan keyakinan. Keyakinan pula menentukan kejayaan. Kejayaan pula akan menentukan kebahagiaan Dan macam ieyra selalu pesan jaga hati, jaga iman, jaga diri .

    ReplyDelete

 

Chenta Syahiera Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea