- See more at: https://jepunmari2.blogspot.com/p/cara-tukar.html#sthash.PrrPdanp.dpuf Chenta Syahiera: September 2014

26 Sep 2014

I'm Not Only His Fan, BUT I'm His Wife AND I Happy With It.

Posted by scha syahiera at 20:14 2 comments
Assalamualaikum w.b.t :)





Dah lama rasanye tak jenguk blog comel nih. Comel ke? Perasan jap. Heee.. :D


Now, dah tak boleh sangat duduk mengadap laptop lama-lama macam dulu, sakit pinggang laa, sakit perut laa, nak shishi laa. Macam-macam ragam, Ieyra? Sabor je laa.


Lagi seminggu Ieyra dah nak balik kampung, cuti bersalin awal atas advice doktor. Katanya, kalau twin pregnancy memang keluar tak cukup bulan dan Ieyra dah mula rasa nervous. Yela, banyak risiko baby yang prematured ni. Hope, both of my babies dilahirkan dengan selamat, sihat walafiat selalu. Umi yang tanggung sakit takpe, asal babies Umi sihat.

Bila fikir nak balik kampung ni, satu je yang tak kena. Hati kecil yang kat dalam rib cage ni. Betul ke ejaan gitu? Hentam je la. Hati kecil ni rasa sayu dan berat je. Balik kampung means being far apart from my beloved husband. Dia kerja bukannya dapat 24hours with me kat kampung tu. Balik pun mesti dalam dua minggu sekali ke. Aish, mesti rindu.

Dah kenal erti rindu sekarang. Hahaha. :)





Ieyra dah inform Ieyra punya personal nurse and doctor tu, so maybe they will settle everything for me untuk urusan tukar pusat rawatan tu. Rasa sayang pulak nak tinggalkan semua ni sebab diri dah terbiasa dengan mereka. Redha je la. Sedih pun ada, lagi-lagi ada sorang nurse tu cakap

"Tak sempat la tengok twin lahir depan mata kita."

Terharu Ieyra dibuatnye. Babies, kamu dengar tak, kamu nampak tak, ramai yang tungu kamu lahir sayang. Takde sesiapa pun akan abaikan kamu. Umi tak kan benarkan kamu jadi babies yang tak bernasib baik kat luar sana. Dibuang dan didera seperti patung yang takde nyawa. Mostly yang Umi kenal, tunggu kehadiran kamu di dunia ni, stay strong sayang. Kamu akan keluar bila sampai masanya. Kita tengok dunia ni sama-sama. :')

Minggu lepas, hati nak sangat update blog ni tapi keadaan memang tak mengizinkan. Lepas je balik dari percutian ke Genting Highland tu, terus dilanda demam. Ieyra demam yang agak teruk je sampai tak boleh buat kerja rumah, tak boleh masak bagai. Nasib Encik Suami understanding, dia cover semua tugas since isteri dia yang manja ni dah terlentok tak boleh bergerak sangat sebab macam nak pitam. Kesian betul sebab dia penat bekerja, nak jaga Ieyra lagi. 
Pepagi, dia dah keluar beli makanan, tengah hari pulak balik hantar makanan, letak ais kat kepala, malam pulak layan my request yang nak makan macam-macam. Tolong urut pinggang, kepala, tak cukup dengan tu, tengah-tengah malam terpaksa bangunkan Encik Suami yang nyenyak tido semata-mata nak minum air, nak pergi buang air. Alhamdulillah, tak pernah pulak dengar dia merungut tapi memang naluri Ieyra sebagai isteri dia, memang kesian! Dua minggu jugak laa Ieyra demam. Sekarang dah sihat walafiat but he still helps me bila dia tak busy. Tolong masak, sidai baju since Ieyra memang tak daya sangat nak usung perut ke sana ke sini.



Citer pasal pergi Genting pulak memang best laa walaupun Genting tu tak sebesar Cameron dan tak sesejuk Cameron. But, it's okey for me. Pergi Strawberry park tapi tak petik pun, just beli yang dijual di depan tu, malas nak membawa perut kat dalam kebun tu haa. My family pun ikut sekali, dorg terlebih excited, membeli belah dengan banyak nye. Hahaha. Happy jugak Ieyra tengok dorg. Next time kalau line internet better, Ieyra upload picture sepanjang kat sana. Sekarang line lebih kurang siput je. :)


Tu la cerita masa Ieyra demam dan bercuti di Genting Highland. BTW, means syukur sangat-sangat dapat suami macam dia. Memang tak handsome macam orang lain, tak kaya macam orang lain tapi its enough for me. He gives me everything, marrying him like I got back the pieces of life that I lost before.


“When someone loves you, the way they talk about you is different. You feel safe and comfortable.”




8 Sep 2014

My Twin Pregnancy : 28 Weeks

Posted by scha syahiera at 20:23 0 comments
Assalamualaikum w.b.t. :)

Selamat pagi dan salam sejahtera kepada reader-reader sekalian. Hehe, bajet ramai je yang membaca. Macam dah lama tak update blog ni, rindu tapi takde masa laa. Eh, nampak bebenor menipunye. Ada je masa but, keadaan tak mengizinkan. Ye ke? Ye, betul-betul, tak main-main pun.

This week :

Welcome, sweet 28 weeks my twin pregnancy!

Happy, sometimes worry bukan apa. This week, I need to start counting for my baby punye pergerakan. Kalau dorg tak bergerak, Ieyra rasa pelik dan menggelabah tak tentu hala. But, through my reading, they(baby) usually take 20-30 minute for the to sleep in the day. Alhamdulillah, sehingga hari ni, baby-baby Ieyra tak pernah miss dari bergerak.

Pada minggu ke 28 jugak, kuku jari kaki dan tangan dah mula tumbuh, mata dia dah mula terbuka walaupun still lagi dalam rahim. Dorg dah boleh berinteraksi dengan orang-orang yang di luar rahim. Boleh bezakan sentuhan dan suara daripada ibu atau bapa. Menakjubkan ciptaan Allah S.W.T. Subhanallah!

Tapi, sekarang rasa little bit sakit perut bila dia menendang ke menyiku ke. Maybe sebab dia punye body dah makin besar. Tak heran la kan. Appointment doctor 1 Oktober pulak, mybe dapat tau kene bersalin normal atau caesarean. Macam ngeri je, menakutkan, betul tak? Ieyra pun takut sebenarnya tapi dikentalkan hati ni untuk tengok anak-anak Umi yang tersayang dalam rahim ni. Hehehek. :)

Now, tengah discuss dengan Encik Suami pasal kenduri akikah, Insha Allah bila dah cukup 7 hari umur baby-baby kami, terus nak buat kenduri akikah. Tuntutan agama, kan? Tapi, Ieyra plan nak buat cantik-cantik, anak pertama kan? Keeksaitedan tu melebih pulak. Backdrop kalau boleh nak yang macam ni je. Bunga-bunga kalo takde pun takpe, tapi kalo ada, best dan comel jugak kan? Haha.
Dah review pakej dengan pelamin dan buaian berendoi untuk akikah. Tapi setakat ni, macam nak DIY je pelamin tu. Beli kain semua, dah siap. Tapi takut luka tak sembuh lagi masa majlis, tak kan nak memanjat sana-sini pulak.

Ada banyak pilihan sebenarnya, tengok pic kat bawah ni. Ieyra pun rambang mata, alahai.





Bercadang nak buat candy buffet sikit, biasa la, sepupu sepapat Ieyra memang ramai yang keciknye. Terlalu ramai. Kalo ada candy buffet, dorg bleh main, makan sepuas hati. Tak kacau yang adult nak buat keje. Lagipun, Umi Ieyra tu memang tak suka rumah bersepah. So, sesuai sangat la kan?






Macam mana? Cute kan? Alahai, Insha Allah mampu buat sendiri sebab kalo booking untuk sewa, dalam RM700-RM900 jugak la.


Banyak jugak laa yang kena fikir untuk akikah. Doorgift, lauk-pauk, blablabla. Ieyra pun tak tau sebenarnya. Hahaha.




“There is nothing I would not do for those who are really my friends. I have no notion of loving people by halves, it is not my nature.”


3 Sep 2014

Suamiku Romantik

Posted by scha syahiera at 20:26 0 comments
Assalamualaikum w.b.t. :)


So penat hari ni, dari pagi 7.10a.m terpaksa tunggu dekat Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan although appointment Ieyra pukul9 pagi. Memang lama la kan kena tunggu. Terpaksa sebab Encik Suami tak ambik cuti coz nak save untuk Ieyra masa bersalin nanti. Dia hantar dalam pukul7, tunggu je laa kite ni kat situ.

Banyak ragam manusia yang Ieyra dapat tengok hari ni. Sempat bersembang dengan sorang mak cik yang sakit gigi jer, tpi disebabkan dia ada penyakit jnatung menjadikan sakit gigi itu complicated. Sampai kena warded untuk cabut gigi sebatang. Ngeri..! Then sembang dengan auntie-auntie cina kat situ. Sorang sakit lutut, sorang patah tangan. Umur 76 & 80 tahun but still look young and strong. Oh ya Allah. Ieyra nak jugak macam tu, nak tengok anak-anak membesar depan mata. Dapat cucu cicik dan seterusnya tu. :)

Bile dah pukul 8.31 pagi, Ieyra submit je Ieyra punye buku rekod mengandung kat front office tu. Dapat nombor 3007, tunggu pukul 9.10pagi, nombor Ieyra dipanggil. Masuk bilik satu, then macam biasa, doktor perempuan yang comel gitu, ada dua orang students yang dah final year dari Universiti Islam Antarabangsa (UIA). Dia scan then settle. Resultnye, my first child, boy then second tu tak dapat tengok sebab ada dalam keadaan sujud. Terharu jugak la tengok. Dia macam main-main muka dia walaupun keadaan sujud. Besarnya kuasa Allah S.W.T.

Dalam pukul10 dah siap, then tunggu Encik Suami datang pick me up. Oh, so lame..! Jenuh menunggu.

Ada satu lagi benda yang buatkan Ieyra terharu. Petang semalam, lepas balik je dari belajar memandu, Ieyra ajak Encik Suami pergi makan KFC. Ieyra yang belanja menggunakan duit dia jugak. Hehehek. :) Dia terus setuju, siap offer ajak nak pergi Sungai Kuantan lagi. Ieyra ape lagi, terus hooray la kan? Hahaha.
Sampai hampir Maghrib jugak kiteorang spend time dekat sungai tu. Ramai budak-budak sebaya Ieyra kot yang sedang syok berdating berpegang tangan bagai mengalahkan Ieyra yang dah kawin ni haa. Adoi, budak sekarang. Tepat pukul6.52 petang kiteorang bertolak bali. Sampai kat rumah dalam pukul7. 

Semalam, sebelum tido, ada sembang-sembang dengan Encik Suami. Suddenly, he told me :








"Dah, jom tidur. Jangan menangis-nangis pulak."
"Abang nak mintak satu je, kalau abang mati nanti jangan menangis-nangis, setakat mengalirkan air mata boleh la."


Air mata Ieyra menitis jugak la, dia nak tinggalkan Ieyra ke? Nak tinggalkan Ieyra when I start to love him for the rest of my life? Oh no.. I hope it doesn't happen. Inshaa Allah.


“So it's not gonna be easy. It's going to be really hard; we're gonna have to work at this everyday, but I want to do that because I want you. I want all of you, forever, everyday. You and me... everyday.”

 

Chenta Syahiera Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea