- See more at: https://jepunmari2.blogspot.com/p/cara-tukar.html#sthash.PrrPdanp.dpuf Chenta Syahiera: Berita Baik

25 Aug 2014

Berita Baik

Posted by Chenta Syahiera at 11:38
Assalamualaikum w.b.t :)



Alhamdulillah, setakat jam 11.10 pagi tadi ada berita gembira yang Ieyra terima. Pihak Universiti Malaysia Sabah Kampus Antarabangsa Labuan ada call. Dia cakap lebih kurang macam ni la, 

"Hello Syahiera, saya dari UMSKAL, permohonan penangguhan semester satu anda telah diluluskan oleh Dekan. So, anda perlu tunggu surat yang kami hantar je la. Tak payah buat pendaftaran."

Dalam hati, Ieyra menjerit Alhamdulillah. Rasa macam nak call semua orang yang turut menunggu keputusan baik ni especially Encik Suami la kan. Ieyra just leave a message for him, untuk Umie pun. Mesti jap lagi Umie call nak tanya macam-macam, biase laa. Umie gitu, macam tak tau perangai dia kan? Ieyra syukur sesangat, sekurang-kurangnya Ieyra ada masa nak habiskan pantang kat rumah Umie, Insya Allah. Nak spend sikit masa dengan anak-anak sebelum tinggalkan mereka. Alhamdulillah Ya Allah, bijaknya perancangan-Mu. Ieyra harap akan ada banyak lagi berita-berita baik akan menyusul selepas ini. :)

Memandangkan searang satu perkara dah siap, boleh terus fokus untuk keperluan baby-baby pulak. Takde dah perkara yang nak dirisaukan, akhirnya mimpi menjadi kenyataan. Permohonan Ieyra betul-betul diluluskan.

Nak citer sal petang semalam, Encik Suami ada masak something special, masakan Pahang katanya. Ikan patin masak tempoyak. Ada sesetengah orang tak makan ikan patin ni, hanyir, busuk, dan macam-macam lagi la kata dorang yang tak makan ni. Tapi bagi Ieyra, okey je, macam ikan lain jugak, best ape. Hahaha.
Ieyra tengok je la, sebab dia yang nak masak untuk kami berdua kan. Lagipun Ieyra memang tak pernah masak tempoyak ni. Kat besut mana ada lambakan ikan patin macam kat sini. Jarang-jarang je dapat makan, kalau kat sini, hari-hari mau pun bolehhh. :)

Hampir 15minit jugak la Encik Suami bertungkus-lumus nak siapkan masakan special dia tu, akhirnya siap jugak. Ieyra dah sediakan pinggan dan nasi. Masak je terus makan. Waa, memang sedap walaupun dah selalu makan masakan yang sama di keda-kedai makan.

Mungkin Encik Suami masak dengan penuh kasih sayang kot. Hahaha. Whatever pun, terima kasih abang sebab masak lauk untuk kita petang ni. Best sangat! Hilang semua penat lelah kemas rumah yang ditinggalkan hampir seminggu semalam.

Sebelum kawin dulu, Encik Suami memang suka memasak. Gulai ayam, sotong masak merah, sup ayam, tom yam, macam-macam lagi la. Tapi bile dah kawin, Ieyra la pulak yang mendominasi dapur kiteorang tu. Dia tolong makan je la. Tugas isteri kan? Tapi bile sekali dia turun ke dapur untuk masak, Ieyra rasa terharu sangat walapun benda tu kecik je. :)

Memandangkan dapat berita baik tadi, malam nanti nak ajak Encik Suami makan KFC laa. Ais krim macam selalu ke, best jugak. :) Harap-harap dia tak penat dan nak ikut makan sekali. :) Tak sabar tunggu dia balik.



“The real lover is the man who can thrill you by kissing your forehead or smiling into your eyes or just staring into space.” 

0 comments:

Post a Comment

 

Chenta Syahiera Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea