- See more at: https://jepunmari2.blogspot.com/p/cara-tukar.html#sthash.PrrPdanp.dpuf Chenta Syahiera: Sadness Is Part Of Life

20 Jul 2014

Sadness Is Part Of Life

Posted by Chenta Syahiera at 21:01
Assalamualaikum w.b.t :)

Entri untuk kali ni, nampak tajuk macam melambangkan kesedihan, right? Tapi, takde laa terlalu sedih. Sekadar berkongsi apa yang telah Ieyra rasakan selama ni tentang senario yang berlaku di dunia ini.


Tangisan kanak-kanak di bumi yang tak pernah kenal erti keamanan itu mencuri hati Ieyra, air mata senang saja berguguran. Entah kenapa, hati seolah-olah dekat, seakan turut merasakan apa yang mereka rasakan, semacam melalui situasi yang sama walaupun Malaysia tidak pernah diserang, tiada perang roket dan ruang udara Malaysia tidak pernah diceroboh sebagaimana bumi Gaza tersebut.

Jika ada kuasa Arab yang terdetik di hati untuk mendengar jerit pekik, raungan kesedihan mereka, protes daripada makhluk Allah S.W.T, Ieyra juga nak melaungkan bahawa bombing the children are really not OK, mereka belum mengenal erti apa-apa di dunia fana ni. Lahirkanlah sedikit sahaja rasa belas untuk mereka, mereka berhak untuk mendapat kehidupan. Siapa pihak rejim yang menggalas beban malaikat Izrail? Sewenangnya mencabut nyawa ratusan nyawa dalam satu nyawa, mereka takde hak sedikit pun. Astarghfirullahala'zim..




Dua tiga hari lepas, berita MH17 milik syarikat penerbangan MAS dilaporkan dibedil menyebabkan kesemua penumpang dan anak kapal terkorban. Masya Allah, itu juga salah satu perancangan Allah S.W.T dan diharapkan akan ada hikmah yang lebih baik.

Kita semua sering bertanya siapa yang patut disalahkan. Malaysia? Ukraine? Rusia? Israel? Si polan salahkan dia, dia salahkan si polan dan akhirnya takde penyelesaian dan perkara paling asas dalam perkara tersebut ialah MANUSIA. Manusia yang membunuh manusia. Itulah yang berlaku ketika ini.

Tangan Ieyra tak sampa untuk membantu, kudrat juga kurang untuk turut berjuang. Wang ringgit juga tak banyak untuk turut membeli kereta kebal, peralatan perang. Tapi hanya ada doa yang mampu dihantar dari tempat di mana Ieyra berada sekarang kerana doa itu juga senjata orang mukmin. :) Wallahua'lam. Semoga mereka terus dilindungi oleh Allah S.W.T.


“There is never a time or place for true love. It happens accidentally, in a heartbeat, in a single flashing, throbbing moment.”

0 comments:

Post a Comment

 

Chenta Syahiera Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea