- See more at: https://jepunmari2.blogspot.com/p/cara-tukar.html#sthash.PrrPdanp.dpuf Chenta Syahiera: July 2014

20 Jul 2014

Sadness Is Part Of Life

Posted by Chenta Syahiera at 21:01 0 comments
Assalamualaikum w.b.t :)

Entri untuk kali ni, nampak tajuk macam melambangkan kesedihan, right? Tapi, takde laa terlalu sedih. Sekadar berkongsi apa yang telah Ieyra rasakan selama ni tentang senario yang berlaku di dunia ini.


Tangisan kanak-kanak di bumi yang tak pernah kenal erti keamanan itu mencuri hati Ieyra, air mata senang saja berguguran. Entah kenapa, hati seolah-olah dekat, seakan turut merasakan apa yang mereka rasakan, semacam melalui situasi yang sama walaupun Malaysia tidak pernah diserang, tiada perang roket dan ruang udara Malaysia tidak pernah diceroboh sebagaimana bumi Gaza tersebut.

Jika ada kuasa Arab yang terdetik di hati untuk mendengar jerit pekik, raungan kesedihan mereka, protes daripada makhluk Allah S.W.T, Ieyra juga nak melaungkan bahawa bombing the children are really not OK, mereka belum mengenal erti apa-apa di dunia fana ni. Lahirkanlah sedikit sahaja rasa belas untuk mereka, mereka berhak untuk mendapat kehidupan. Siapa pihak rejim yang menggalas beban malaikat Izrail? Sewenangnya mencabut nyawa ratusan nyawa dalam satu nyawa, mereka takde hak sedikit pun. Astarghfirullahala'zim..




Dua tiga hari lepas, berita MH17 milik syarikat penerbangan MAS dilaporkan dibedil menyebabkan kesemua penumpang dan anak kapal terkorban. Masya Allah, itu juga salah satu perancangan Allah S.W.T dan diharapkan akan ada hikmah yang lebih baik.

Kita semua sering bertanya siapa yang patut disalahkan. Malaysia? Ukraine? Rusia? Israel? Si polan salahkan dia, dia salahkan si polan dan akhirnya takde penyelesaian dan perkara paling asas dalam perkara tersebut ialah MANUSIA. Manusia yang membunuh manusia. Itulah yang berlaku ketika ini.

Tangan Ieyra tak sampa untuk membantu, kudrat juga kurang untuk turut berjuang. Wang ringgit juga tak banyak untuk turut membeli kereta kebal, peralatan perang. Tapi hanya ada doa yang mampu dihantar dari tempat di mana Ieyra berada sekarang kerana doa itu juga senjata orang mukmin. :) Wallahua'lam. Semoga mereka terus dilindungi oleh Allah S.W.T.


“There is never a time or place for true love. It happens accidentally, in a heartbeat, in a single flashing, throbbing moment.”

12 Jul 2014

Friendship

Posted by Chenta Syahiera at 22:46 0 comments
Assalamualaikum :)

Hari ni berbuka puasa, still like before. Semalam je meriah sikit sebab my beloved family are here, tapi terus balik lepas berbuka. Whatever pun, still have fun with them. Hari ni pulak tak tau macam mana tetiba boleh sakit bahu pulak. Alahai... Ieyra asyik tido je sebab rasa yang berdenyut-denyut tu, tak tahan betul. Si dia pulak beli panaflex, Ieyra terus lekatkan kat tempat yang sakit tu, okey la sikit. Tapi effect dia macam sekejap je.

Kalau larat, ingat nak balik kampung. Berehat dan upah orang untuk mengurut. Sejak berbadan tiga ni, macam-macam sakit yang ada. Hahaha. Belum biasa lagi kut. :) Rasa tak sabar, excited, happy dan banyak lagi perasaan yang bercampur-baur sementara menunggu 28 November ini.

Tadi, sebelum terbuka pintu hati untuk menulis entri dalam blog ni, Ieyra ada terusha facebook kawan-kawan dulu. Alhamdulillah, semuanya baik-baik belaka. Ieyra gembira dengan keadaan mereka sekarang. Dan berharap mereka ada bersama untuk berkongsi kegembiraan ini. Hopefully.. :)


Totally miss them damn much, walaupun tak contact, macam menjauhkan diri, I want them know, I'm always be here if they need me. :*

5 Jul 2014

Don't Look Back, You're Not Going That Way.

Posted by Chenta Syahiera at 06:01 0 comments
Assalamualaikum w.b.t :)



The quote totally right. Yeay, kita tak kan berjalan terus ke belakang tapi ke depan. Tak kira betapa manisnya masa lalu kita, masa silam kita kita yang kita share bersama-sama dengan orang yang tersayang, malah kita tak mampu nak lupakan pun kenangan itu tapi kita terpaksa. Terpaksa tinggalkan rasa manis itu bersama kenangan-kenangannya yang tersendiri kerana kita terpaksa melalui hari-hari yang lain pula. Itu lumrah hidup dan sudah menjadi hukum alam.

Maha Suci Allah, masih lagi memberikan rahmat untuk Ieyra teruskan hidup ini, meneruskan tugas beribadah dan yang paling mencabar kerana ini bulan Ramadhan di mana morning sickness, takde selera ketika berbuka dan sebagainya menjadi isu utama. MasyaAllah, dugaan itu Ieyra anggap biasa  barangakalinya jika ganjarannya, twin kami menjadi khalifah-khalifah terbaik di muka bumi Allah S.W.T ini kelak. InshaAllah...







We're born alone, we live alone, we die alone. Only through our love and friendship can we create the illusion for the moment that we're not alone.

4 Jul 2014

Perjalanan Hidup Tanpa Diduga

Posted by Chenta Syahiera at 21:53 0 comments
Assalamualaikum w.b.t. :)

Dalam hidup ini adakalanya kita perlu menangis, agar kita sedar hidup ini bukan hanya untuk bergembira & berketawa, adakalanya kita perlu ketawa agar kita tahu menghargai nilai setitis air mata, kalau kita tidak merasa kesulitan hari ini, kita tidak akan rasai kemanisan kemudian hari, tidak salah untuk sesekali kita perlu DERITA untuk mengenal erti BAHAGIA...sesekali kita perlu KECEWA untuk kita kenal erti KEJAYAAN...sesekali kita perlu MENANGIS untuk kita syukuri NIKMAT yang diberi...sesekali kita perlu TERHIRIS untuk kita kenal DIRI SENDIRI..

Kepada yang pernah terluka kerana sikap dan kelakuan insan lemah bernama Ieyra selama ini, sejuta maaf. Tidak terdetik untuk sengaja melakukannya, mungkin semua itu berlaku di luar kewarasan Ieyra sendiri. Sesuai dengan entri kali ini, PERJALANAN HIDUP YANG TANPA DIDUGA, tak banyak untuk dikongsi namun hati meronta untuk tetap berkongsi kerana bulan yang mulia ini (Ramadhan) membuatkan Ieyra sendiri sayu, sebak dan dalam diam terungkap kata Alhamdulillah. Dalam diam juga Ieyra mengagumi perancangan Allah S.W.T yang memang tak terduga dek akal makhluk-Nya, MasyaAllah, sungguh hebat!


Kadang-kadang Allah Hantar Org Yang Baik, Sebab Aku Tak Cukup Baik Dan Allah Tarik Semua Balik Sebab Allah Nak Tengok Aku Berubah, Kerana Manusia Atau Kerana Allah.

Terusik sedikit dengan status seorang rakan yang agak lama Ieyra tinggalkan kerana menjaga hati seorang insan bergelar suami. Namun status itu ada benarnya, memang kadang-kalanya Allah S.W.T. menghantar orang yang baik untuk caring, menyayangi kita, membimbing kita, menasihati apa yang buruk di matanya. Setelah kita berubah atau sedang berusaha keras untuk berubah untuk menjadi seperti dirinya juga, Allah S.W.T menghilangkan orang tersebut dari hidup kita. Bukan Allah mahu kita berputus asa, bukan juga untuk membuktikan bahawa Allah itu kejam atau perampas kebahagiaan tapi Allah S.W.T nak tengok sejauh mana kita berubah. Adakah kerana Allah S.W.T atau kerana orang yang dihantar itu. Wallahua'lam...

Berkahwin tanpa mengenal sedalamnya erti cinta memang tak terduga. MasyaAllah, Ieyra sedar ketika itu, kehadirannya tidak tepat sewaktu diri masih lagi bergelar seorang pelajar. Kehadirannya sedikit sebanyak berbekas di hati kecil lalu urusan nikah dan menjadikannya yang halal Ieyra serahkan saja pada Yang Maha Esa terlebih dahulu. Jodoh, tiada siapa yang lebih arif melainkan Dia. Bergelar isteri pada usia muda, tak semudah yang difikirkan oleh adik-adik atau kakak-kakak di luar sana kalau ada pun dalam kalangan pembaca sendiri. Dugaan itu datang silih berganti lagi-lagi di awal pernikahan, masih lagi dalam proses mengenal hati budi insan yang tidak pernah Ieyra kenal. Ya Allah, perancangan Allah S.W.T itu ternyata hebat sekali bila ujian itu dilalui dengan mudah tanpa perlu menunggu jangka masa yang lama mahupun membawa kami ke arah perceraian. MasyaAllah..

Daripada yang tak mengenali lansung, kami mula berkenalan, menjalani kehidupan bersama, mengemudi bahtera perkahwinan yang diharapkan mampu kekal sampai ke jannah bersama-sama. Terlakar kenangan-kenangan indah juga pahit di dalamnya. Moga perkahwinan ini terus utuh. :)


“You only live once, but if you do it right, once is enough.”

 

Chenta Syahiera Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea