- See more at: https://jepunmari2.blogspot.com/p/cara-tukar.html#sthash.PrrPdanp.dpuf Chenta Syahiera: 2014

26 Sept 2014

I'm Not Only His Fan, BUT I'm His Wife AND I Happy With It.

Posted by Chenta Syahiera at 20:14 2 comments
Assalamualaikum w.b.t :)





Dah lama rasanye tak jenguk blog comel nih. Comel ke? Perasan jap. Heee.. :D


Now, dah tak boleh sangat duduk mengadap laptop lama-lama macam dulu, sakit pinggang laa, sakit perut laa, nak shishi laa. Macam-macam ragam, Ieyra? Sabor je laa.


Lagi seminggu Ieyra dah nak balik kampung, cuti bersalin awal atas advice doktor. Katanya, kalau twin pregnancy memang keluar tak cukup bulan dan Ieyra dah mula rasa nervous. Yela, banyak risiko baby yang prematured ni. Hope, both of my babies dilahirkan dengan selamat, sihat walafiat selalu. Umi yang tanggung sakit takpe, asal babies Umi sihat.

Bila fikir nak balik kampung ni, satu je yang tak kena. Hati kecil yang kat dalam rib cage ni. Betul ke ejaan gitu? Hentam je la. Hati kecil ni rasa sayu dan berat je. Balik kampung means being far apart from my beloved husband. Dia kerja bukannya dapat 24hours with me kat kampung tu. Balik pun mesti dalam dua minggu sekali ke. Aish, mesti rindu.

Dah kenal erti rindu sekarang. Hahaha. :)





Ieyra dah inform Ieyra punya personal nurse and doctor tu, so maybe they will settle everything for me untuk urusan tukar pusat rawatan tu. Rasa sayang pulak nak tinggalkan semua ni sebab diri dah terbiasa dengan mereka. Redha je la. Sedih pun ada, lagi-lagi ada sorang nurse tu cakap

"Tak sempat la tengok twin lahir depan mata kita."

Terharu Ieyra dibuatnye. Babies, kamu dengar tak, kamu nampak tak, ramai yang tungu kamu lahir sayang. Takde sesiapa pun akan abaikan kamu. Umi tak kan benarkan kamu jadi babies yang tak bernasib baik kat luar sana. Dibuang dan didera seperti patung yang takde nyawa. Mostly yang Umi kenal, tunggu kehadiran kamu di dunia ni, stay strong sayang. Kamu akan keluar bila sampai masanya. Kita tengok dunia ni sama-sama. :')

Minggu lepas, hati nak sangat update blog ni tapi keadaan memang tak mengizinkan. Lepas je balik dari percutian ke Genting Highland tu, terus dilanda demam. Ieyra demam yang agak teruk je sampai tak boleh buat kerja rumah, tak boleh masak bagai. Nasib Encik Suami understanding, dia cover semua tugas since isteri dia yang manja ni dah terlentok tak boleh bergerak sangat sebab macam nak pitam. Kesian betul sebab dia penat bekerja, nak jaga Ieyra lagi. 
Pepagi, dia dah keluar beli makanan, tengah hari pulak balik hantar makanan, letak ais kat kepala, malam pulak layan my request yang nak makan macam-macam. Tolong urut pinggang, kepala, tak cukup dengan tu, tengah-tengah malam terpaksa bangunkan Encik Suami yang nyenyak tido semata-mata nak minum air, nak pergi buang air. Alhamdulillah, tak pernah pulak dengar dia merungut tapi memang naluri Ieyra sebagai isteri dia, memang kesian! Dua minggu jugak laa Ieyra demam. Sekarang dah sihat walafiat but he still helps me bila dia tak busy. Tolong masak, sidai baju since Ieyra memang tak daya sangat nak usung perut ke sana ke sini.



Citer pasal pergi Genting pulak memang best laa walaupun Genting tu tak sebesar Cameron dan tak sesejuk Cameron. But, it's okey for me. Pergi Strawberry park tapi tak petik pun, just beli yang dijual di depan tu, malas nak membawa perut kat dalam kebun tu haa. My family pun ikut sekali, dorg terlebih excited, membeli belah dengan banyak nye. Hahaha. Happy jugak Ieyra tengok dorg. Next time kalau line internet better, Ieyra upload picture sepanjang kat sana. Sekarang line lebih kurang siput je. :)


Tu la cerita masa Ieyra demam dan bercuti di Genting Highland. BTW, means syukur sangat-sangat dapat suami macam dia. Memang tak handsome macam orang lain, tak kaya macam orang lain tapi its enough for me. He gives me everything, marrying him like I got back the pieces of life that I lost before.


“When someone loves you, the way they talk about you is different. You feel safe and comfortable.”




8 Sept 2014

My Twin Pregnancy : 28 Weeks

Posted by Chenta Syahiera at 20:23 0 comments
Assalamualaikum w.b.t. :)

Selamat pagi dan salam sejahtera kepada reader-reader sekalian. Hehe, bajet ramai je yang membaca. Macam dah lama tak update blog ni, rindu tapi takde masa laa. Eh, nampak bebenor menipunye. Ada je masa but, keadaan tak mengizinkan. Ye ke? Ye, betul-betul, tak main-main pun.

This week :

Welcome, sweet 28 weeks my twin pregnancy!

Happy, sometimes worry bukan apa. This week, I need to start counting for my baby punye pergerakan. Kalau dorg tak bergerak, Ieyra rasa pelik dan menggelabah tak tentu hala. But, through my reading, they(baby) usually take 20-30 minute for the to sleep in the day. Alhamdulillah, sehingga hari ni, baby-baby Ieyra tak pernah miss dari bergerak.

Pada minggu ke 28 jugak, kuku jari kaki dan tangan dah mula tumbuh, mata dia dah mula terbuka walaupun still lagi dalam rahim. Dorg dah boleh berinteraksi dengan orang-orang yang di luar rahim. Boleh bezakan sentuhan dan suara daripada ibu atau bapa. Menakjubkan ciptaan Allah S.W.T. Subhanallah!

Tapi, sekarang rasa little bit sakit perut bila dia menendang ke menyiku ke. Maybe sebab dia punye body dah makin besar. Tak heran la kan. Appointment doctor 1 Oktober pulak, mybe dapat tau kene bersalin normal atau caesarean. Macam ngeri je, menakutkan, betul tak? Ieyra pun takut sebenarnya tapi dikentalkan hati ni untuk tengok anak-anak Umi yang tersayang dalam rahim ni. Hehehek. :)

Now, tengah discuss dengan Encik Suami pasal kenduri akikah, Insha Allah bila dah cukup 7 hari umur baby-baby kami, terus nak buat kenduri akikah. Tuntutan agama, kan? Tapi, Ieyra plan nak buat cantik-cantik, anak pertama kan? Keeksaitedan tu melebih pulak. Backdrop kalau boleh nak yang macam ni je. Bunga-bunga kalo takde pun takpe, tapi kalo ada, best dan comel jugak kan? Haha.
Dah review pakej dengan pelamin dan buaian berendoi untuk akikah. Tapi setakat ni, macam nak DIY je pelamin tu. Beli kain semua, dah siap. Tapi takut luka tak sembuh lagi masa majlis, tak kan nak memanjat sana-sini pulak.

Ada banyak pilihan sebenarnya, tengok pic kat bawah ni. Ieyra pun rambang mata, alahai.





Bercadang nak buat candy buffet sikit, biasa la, sepupu sepapat Ieyra memang ramai yang keciknye. Terlalu ramai. Kalo ada candy buffet, dorg bleh main, makan sepuas hati. Tak kacau yang adult nak buat keje. Lagipun, Umi Ieyra tu memang tak suka rumah bersepah. So, sesuai sangat la kan?






Macam mana? Cute kan? Alahai, Insha Allah mampu buat sendiri sebab kalo booking untuk sewa, dalam RM700-RM900 jugak la.


Banyak jugak laa yang kena fikir untuk akikah. Doorgift, lauk-pauk, blablabla. Ieyra pun tak tau sebenarnya. Hahaha.




“There is nothing I would not do for those who are really my friends. I have no notion of loving people by halves, it is not my nature.”


3 Sept 2014

Suamiku Romantik

Posted by Chenta Syahiera at 20:26 0 comments
Assalamualaikum w.b.t. :)


So penat hari ni, dari pagi 7.10a.m terpaksa tunggu dekat Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan although appointment Ieyra pukul9 pagi. Memang lama la kan kena tunggu. Terpaksa sebab Encik Suami tak ambik cuti coz nak save untuk Ieyra masa bersalin nanti. Dia hantar dalam pukul7, tunggu je laa kite ni kat situ.

Banyak ragam manusia yang Ieyra dapat tengok hari ni. Sempat bersembang dengan sorang mak cik yang sakit gigi jer, tpi disebabkan dia ada penyakit jnatung menjadikan sakit gigi itu complicated. Sampai kena warded untuk cabut gigi sebatang. Ngeri..! Then sembang dengan auntie-auntie cina kat situ. Sorang sakit lutut, sorang patah tangan. Umur 76 & 80 tahun but still look young and strong. Oh ya Allah. Ieyra nak jugak macam tu, nak tengok anak-anak membesar depan mata. Dapat cucu cicik dan seterusnya tu. :)

Bile dah pukul 8.31 pagi, Ieyra submit je Ieyra punye buku rekod mengandung kat front office tu. Dapat nombor 3007, tunggu pukul 9.10pagi, nombor Ieyra dipanggil. Masuk bilik satu, then macam biasa, doktor perempuan yang comel gitu, ada dua orang students yang dah final year dari Universiti Islam Antarabangsa (UIA). Dia scan then settle. Resultnye, my first child, boy then second tu tak dapat tengok sebab ada dalam keadaan sujud. Terharu jugak la tengok. Dia macam main-main muka dia walaupun keadaan sujud. Besarnya kuasa Allah S.W.T.

Dalam pukul10 dah siap, then tunggu Encik Suami datang pick me up. Oh, so lame..! Jenuh menunggu.

Ada satu lagi benda yang buatkan Ieyra terharu. Petang semalam, lepas balik je dari belajar memandu, Ieyra ajak Encik Suami pergi makan KFC. Ieyra yang belanja menggunakan duit dia jugak. Hehehek. :) Dia terus setuju, siap offer ajak nak pergi Sungai Kuantan lagi. Ieyra ape lagi, terus hooray la kan? Hahaha.
Sampai hampir Maghrib jugak kiteorang spend time dekat sungai tu. Ramai budak-budak sebaya Ieyra kot yang sedang syok berdating berpegang tangan bagai mengalahkan Ieyra yang dah kawin ni haa. Adoi, budak sekarang. Tepat pukul6.52 petang kiteorang bertolak bali. Sampai kat rumah dalam pukul7. 

Semalam, sebelum tido, ada sembang-sembang dengan Encik Suami. Suddenly, he told me :








"Dah, jom tidur. Jangan menangis-nangis pulak."
"Abang nak mintak satu je, kalau abang mati nanti jangan menangis-nangis, setakat mengalirkan air mata boleh la."


Air mata Ieyra menitis jugak la, dia nak tinggalkan Ieyra ke? Nak tinggalkan Ieyra when I start to love him for the rest of my life? Oh no.. I hope it doesn't happen. Inshaa Allah.


“So it's not gonna be easy. It's going to be really hard; we're gonna have to work at this everyday, but I want to do that because I want you. I want all of you, forever, everyday. You and me... everyday.”

27 Aug 2014

Moments As Husband And Wife

Posted by Chenta Syahiera at 20:41 0 comments
Assalamualaikum w.b.t. :)



Alhamdulillah, still lagi bernafas hari ni. Semalam ada KPP 02, proses untuk ambik lesen tu le. Ieyra dah dapat lesen L, something good, right? Cikgu tu ajar bawak kete, eh memula dia buka bonet depan ke ape tu. Kat dalam tu ada enjin la, tangki air, tah ape lagi sebab Ieyra bukan berminat pun dengan benda-benda tuh. Tapi terpaksa sebab nak ambik lesen. So, sabar je lahhh. Cikgu yang ajar tu baik je, lemah-lembut ke? Yela kot, dah kawin, anak dua, umur dalam 30-an. Dah lupa apa yang dia citer masa drive tu. Bukan apa, Ieyra tak beri attention sangat pun sebab mengantuk masa tu, hari dah petang, dengan sakit pinggang. Dalam hati, ingat kat rumah je. Alahai...

Cikgu yang ajar Ieyra bawak kete tu suruh bawak dalam dia punye litar je la. Ada jalan straight, roundbout, simpang, S-cross dan Z-cross. Kena masuk parking, naik bukit. Tu je laa. Yang paling susah, nak masuk parking. Tempat sempit, dah laa kite ni tersepit dengan perut, pendek pulak tu. Nak jenguk keluar untuk tengok tayar memang tak boleh la kan. Nasib Cikgu tu memahami. Yela, isteri dia pun pernah mengandung. Syukur, alhamdulillah. :) Apa yang dia selalu cakap, jangan gelabah/nervous. Tu je dan Ieyra takde problems dengan benda tu just tak tahu macam mana nak hadap Encik JPJ nanti. Haha. Mase tu laa dada ni nak meletup dan berdegup tahap 200%. Bukan rindu je yang ada 200%, kadar degupan jantung pun ada. :)

Hari ni mood Ieyra macam tak berape okey. Encik Suami pun balik lewat hari ni, memang sedih laa sebab dah plan nak pergi pasar malam. Buka jauh pun, dekat je dengan rumah kiteorang ni, last-last tak dapat pergi. Ieyra dah mengidam something. Takpe laa, nak buat macam mana kan. Sape la kite ni. Not his fault pun, so I can't put the blame on him. Memang dah ada masalah.

Sehari dua ni Ieyra rasa memang tak larat sangat. Tubuh rasa lemau je, betul ke penggunaan perkataan lemau tu. Macam pelik je, macam untuk biskut je. Haha. Lantak laa. Nak guna jugak. Masa nak pergi kat institusi memandu tu Ieyra dah muntah-muntah, pening-pening. Hidung pun macam berair je. Malam pulak badan panas, macam demam. Hari ni pun macam tu. Tak daya nak menahannya. Tadi paksa jugak badan ni bergerak, buat kerja rumah, masak apa yang patut. Tanggungjawab kena jalankan walau apa jua keadaan, kan? Berlagak macam isteri solehah la pulak. Err, nak muntah pun ada ni.

Whatever pun, Ieyra dengan Encik Suami dah plan nak spend time together kat Genting Highlands & Kelantan bulan depan. Insya Allah, semoga takde aral yang melintang. Ieyra memang berharap sesangat, nak spend sikit masa yang terluang tu bersama dengan dia. Semoga dia hargai jugak laa. Lebih kurang honeymoon gitu ler. Wahahaha, memang tak sabar den nak menunggu nye. :)




Okey laa, macam nak beradu je nih. Good night. :)




“Love never dies a natural death. It dies because we don't know how to replenish its source. It dies of blindness and errors and betrayals. It dies of illness and wounds; it dies of weariness, of witherings, of tarnishings.

25 Aug 2014

Berita Baik

Posted by Chenta Syahiera at 11:38 0 comments
Assalamualaikum w.b.t :)



Alhamdulillah, setakat jam 11.10 pagi tadi ada berita gembira yang Ieyra terima. Pihak Universiti Malaysia Sabah Kampus Antarabangsa Labuan ada call. Dia cakap lebih kurang macam ni la, 

"Hello Syahiera, saya dari UMSKAL, permohonan penangguhan semester satu anda telah diluluskan oleh Dekan. So, anda perlu tunggu surat yang kami hantar je la. Tak payah buat pendaftaran."

Dalam hati, Ieyra menjerit Alhamdulillah. Rasa macam nak call semua orang yang turut menunggu keputusan baik ni especially Encik Suami la kan. Ieyra just leave a message for him, untuk Umie pun. Mesti jap lagi Umie call nak tanya macam-macam, biase laa. Umie gitu, macam tak tau perangai dia kan? Ieyra syukur sesangat, sekurang-kurangnya Ieyra ada masa nak habiskan pantang kat rumah Umie, Insya Allah. Nak spend sikit masa dengan anak-anak sebelum tinggalkan mereka. Alhamdulillah Ya Allah, bijaknya perancangan-Mu. Ieyra harap akan ada banyak lagi berita-berita baik akan menyusul selepas ini. :)

Memandangkan searang satu perkara dah siap, boleh terus fokus untuk keperluan baby-baby pulak. Takde dah perkara yang nak dirisaukan, akhirnya mimpi menjadi kenyataan. Permohonan Ieyra betul-betul diluluskan.

Nak citer sal petang semalam, Encik Suami ada masak something special, masakan Pahang katanya. Ikan patin masak tempoyak. Ada sesetengah orang tak makan ikan patin ni, hanyir, busuk, dan macam-macam lagi la kata dorang yang tak makan ni. Tapi bagi Ieyra, okey je, macam ikan lain jugak, best ape. Hahaha.
Ieyra tengok je la, sebab dia yang nak masak untuk kami berdua kan. Lagipun Ieyra memang tak pernah masak tempoyak ni. Kat besut mana ada lambakan ikan patin macam kat sini. Jarang-jarang je dapat makan, kalau kat sini, hari-hari mau pun bolehhh. :)

Hampir 15minit jugak la Encik Suami bertungkus-lumus nak siapkan masakan special dia tu, akhirnya siap jugak. Ieyra dah sediakan pinggan dan nasi. Masak je terus makan. Waa, memang sedap walaupun dah selalu makan masakan yang sama di keda-kedai makan.

Mungkin Encik Suami masak dengan penuh kasih sayang kot. Hahaha. Whatever pun, terima kasih abang sebab masak lauk untuk kita petang ni. Best sangat! Hilang semua penat lelah kemas rumah yang ditinggalkan hampir seminggu semalam.

Sebelum kawin dulu, Encik Suami memang suka memasak. Gulai ayam, sotong masak merah, sup ayam, tom yam, macam-macam lagi la. Tapi bile dah kawin, Ieyra la pulak yang mendominasi dapur kiteorang tu. Dia tolong makan je la. Tugas isteri kan? Tapi bile sekali dia turun ke dapur untuk masak, Ieyra rasa terharu sangat walapun benda tu kecik je. :)

Memandangkan dapat berita baik tadi, malam nanti nak ajak Encik Suami makan KFC laa. Ais krim macam selalu ke, best jugak. :) Harap-harap dia tak penat dan nak ikut makan sekali. :) Tak sabar tunggu dia balik.



“The real lover is the man who can thrill you by kissing your forehead or smiling into your eyes or just staring into space.” 

24 Aug 2014

Tazkirah Pendek Dari Ustazah Syahiera Merangkap Owner Blog

Posted by Chenta Syahiera at 21:29 0 comments
Assalamualaikum w.b.t :)

Well, dah lama tak update blog nih, hampir seminggu jugak laa balik kampung, spend time with family, tak hiraukan laptop/phone except bile rasa rindu sesangat dekat Encik Suami. Bile rasa rindu, mula la cari handphone, nak call dia. Takpe sebab bercinta dengan yang halal. :)

Tadi, terdetik di hati untuk online Ieyra punye facebook, dah berhabuk muka buku Ieyra tu tapi nak buat macam mana kan. Bile baca dekat newsfeed yang kengkawan Ieyra punye, ada sorang makhluk Allah S.W.T. ini share satu kisah di mana berlaku di sebuah pesantren seingat Ieyra. Seorang syeikh menegur sikap seorang LELAKI yang merosakkan seorang WANITA. Dalam hati Ieyra, mesti kes rogol ke ape, baca punye baca, si lelaki tersebut hanya bercinta dan sering berbual di telefon dengan si wanita tadi. Maka kata syeikh tersebut, para wanita memang dilahirkan malu tapi pendek akal, bertindak mengikut nafsu. Oleh sebab itu apabila di ajak bercouple, berdating, berdua-duaan, mereka hanya mengikut sahaja tanpa banyak soal. Oleh itu, Allah S.W.T. mencipta pula kaum Adam supaya dapat melindungi wanita, bukan merosakkannya. Allah S.W.T tidak melarang kita bercinta, tapi ada syaratnya iaitu bercinta dengan yang halal bukan bercinta menggunakan status tunang dan sebagainya kerana adat tidak menghalalkan cara. Itulah yang Ieyra faham. Jika seseorang LELAKI itu bersungguh mahukan seorang WANITA, hendaklah dia memintanya dengan cara yang elok seperti berjumpa dengan walinya. Tapi jika mahu, dan belum tiba masanya yakni tidak bersedia menjadi suami atau ketua keluarga, biarkan dahulu niat itu, tidak usah rosakkan wanita dahulu kerana wanita seperti air mutlak iaitu suci. Apabila sudah dirosakkan dengan bercouple contohnya, mereka sudah menjadi seperti air musta'mal yang hanya boleh dibuat membasuh pinggan mangkuk, mencuci pakaian, membersihkan bontot. Lelaki sendiri tidak mahu wanita sebegini menjadi ibu kepada anak-anak mereka kelak, bukan? So, fikir-fikirkanlah. Ieyra sendiri pun pernah melakukan kesalahan dan Alhamdulillah, Allah cepat sedarkan. 







Habis citer sal bercinta zaman sekarang, petang esok pulak Ieyra ada check up dekat klinik. Dekat je dengan rumah dalam 1 km maybe. Esok dapat tau perkembangan baby-baby Ieyra pulak. Dah masuk 6 bulan, kalau scan, dah boleh tengok jantinanya. Ya Allah, sungguh Ieyra memang tak sabar tunggu masa untuk tatap wajah si kecil yang ada dalam kandungan Ieyra sekarang. Ieyra dah dapat rasa kaki dia menendang lembut tapi kekadang mendatangkan kesakitan jugak. Kadang-kadang siku dia menyentuh, timbul benjolan di perut Ieyra, Ieyra agak kepalanya mungkin. Kalau duduk sorang-sorang, memang tak habis-habis bersembang dengan dorang berdua walaupun belum ada depan mata untuk dipeluk cium. I know, komunikasi tu penting sebab adakalanya bile Ieyra menangis sambil mengusap perut kerana rindu ingin bertemu mereka, mereka seakan mengerti, terus gerak-gerak. Mungkin faham, perasaan seorang ibu kepada si kembar. :)

Kelengkapan baby dah hampir lengkap, tinggal kelengkapan mandi seperti baby wipes, shampoo, losyen, bedak dan segala macam lagi tu, kelambu dan selimut je yang tak beli lagi.
Mungkin minggu depan, dah boleh settle kelambu dengan selimut, kelengkapan mandi pulak tunggu bersalin pun takpe. Benda ekspres, boleh dapat dengan kadar yang segera. Whatever pun, tinggal lagi tiga bulan sebelum EDD (due date). Kena banyak sabar, tapi Ieyra selalu ingatkan diri supaya bersedia. Bak kata doktor kebanyakan kembar dilahirkan lebih awal dari tarikh jangkaan bersalin. Lagi kecut perut dibuatnye.
Wallahua'alam... :) Doakan kami selamat bersama nanti. Insya Allah... :)

Mata dah rasa berat, mengantuk, nak beradu dahulu la. Encik Suami pergi gunting rambut, entah pukul berapa dapat siap, baru pergi lepas balik dari surau tadi. Akhir kata, Good night, readers!

“We’re all a little weird. And life is a little weird. And when we find someone whose weirdness is compatible with ours, we join up with them and fall into mutually satisfying weirdness—and call it love—true love.”

18 Aug 2014

Kisah Mak Mentua

Posted by Chenta Syahiera at 17:54 0 comments
Assalamualaikum w.b.t. :)

Selamat petang kepada readers yang meluangkan masa untuk membaca entri kali ni. Hari ni nak share citer berkenaan mak mentua atau merangkap mak kepada suami kite, bagi yang dah ada suami la. Haha. Ada cerita kat TV3 dulu, Menantu vs Mentua. Ieyra tak tengok pun, so tak tau sape yang menang.

My mum @ Ieyra panggil Umie, pernah citer, susah nak tawan hati mak mentua, ape lagi dalam bab memasak. Betul ke? Eh, ye kot sebab Ieyra sendiri pernah terbaca si isteri pernah mintak cerai sebab tak tahan dikritik oleh mak mentua. Parah jugak tu. :) Sebagai seorang isteri pada zaman moden ni, Ieyra ingat mak mentua yang macam tu dah pupus, atau dah semakin berkurangan, so, probability untuk tengok mak mentua macam tu dah berkurangan, tapi, masih wujud rupanye. Sabar je la sape yang dapat mak mentua macam tu yek.

Mak mentua Ieyra baru sampai Kuantan(rumah Ieyra) hari Sabtu, tu pun sebab kakak ipar Ieyra yang hantar. Ieyra okey je kalau dia tak buka mulut, sebab kekadang panahan kata-katanya membuatkan kita terasa jugak. Bukan kekadang tapi selalu. So, Ieyra sebagai menantu dan nak jadi menantu yang diberkati, nak jaga hati Encik Suami, Ieyra kena banyak-banyak sabar. Walaupun kekadang kesabaran Ieyra hilang melayang macam tu je.

Ieyra faham, dia yang melahirkan Encik Suami Ieyra yang tersayang tu, dia yang menjaga dari kecik sehingga dewasa dan sekarang dah makan gaji dah pun. Ieyra faham, seorang ibu nak yang terbaik untuk anak-anaknya sebab I'm also a mum to be, Ieyra faham sesangat. Tapi kalau ada la antara readers ni yang bergelar seorang mak dan sudah mempunyai menantu, tak payah la ambik hati sangat dengan menantu anda. Sudah semestinya layanan seorang isteri itu lain kepada suaminya dengan layanan seorang mak kepada anaknya. So, tak payah nak komen lebih-lebih. Selagi anak anda bahagia, tu dah cukup baik kan untuk melambangkan bahawa anak menantu anda menjalani kehidupan bersama yang elok.

Kebanyakan orang tak faham, kebanyakannya pula buat-buat tak faham. Yela sebagai menantu, kite memang mengalah, nak nasihat orang yang lebih berpengalaman mestilah segan, apetah pulak nak naik kaki tangan kan? Sebab tu dalam kehidupan berumah tangga ni sepatutnya mak mentua tak payah la masuk campur sangat. Biar suami-isteri itu sendiri yang selesaikan. Barulah matang! Tak gitu? Kecuali keadaan yang memerlukan. Menantu pun kena banyak bersabar dan cuba terima dengan hati terbuka, ada hikmah di sebalik semua tu. Allah S.W.T bagi kite ujian sebab Dia rindu kite, Dia rindu tangisan memohon pertolongan-Nya. Rindu nak dengar kite merintih kat Dia. So, just open minded.



Petang ni jugak, semua barang-barang yang Ieyra order dari Bizz Aina dah selamat sampai walaupun dalam keadaan hujan. Happy laa jugak hati ni sebab tak lama lagi bantal untuk twin babies Ieyra boleh disiapkan dengan hasil titik peluh sendiri. Yela, bantal dengan tilam yang ready-made dah beli untuk kedua-duanya, terasa hati hati ni nak buat something special for my first children. Semangat memang tak payah cakap ler, memang berkobar-kobar. So, doakan supaya terus berkobar bukan hangat-hangat tahi ayam je. :)

TQ pada pihak pengirim Bizz Aina yang hantar barang-barang tu secepat mungkin. Memang memahami! :)


“Love is like the wind, you can't see it but you can feel it.”



16 Aug 2014

Ujian Statik Untuk Buat Lesen Kereta

Posted by Chenta Syahiera at 10:41 0 comments
Assalamualaikum w.b.t. :)

Pagi tadi, terlewat bangun selepas kembali tidur sesudah solat Subuh. Terlewat ke? Macam sengaja lewat je, tu pun sebab alarm Encik Suami yang berdering macam ape, terpaksa jugak la bangun. Semalam dia takde, so tak dengar alarm dia la. Kalau ada kat rumah, asyik bergaduh je, bile takde, ambik kau, rindu sampai masuk dalam mimpi. Macam semalam ler. Aish!

Semalam dia pergi mengejar cita-citanya untuk menjadi OKB di Temerloh. Haha. OKB? Dia je la yang tau, kalau ada antara readers yang tau, buat-buat tak tau dah la ye. Ieyra pun tak berapa setuju dengan dia, buat dua tiga pekerjaan dalam satu masa, macam tak cukup makan je. Padahal, Ieyra dah selesa macam ni, tak pernah mintak lebih pun. Well, what can I do? Dah puas nasihat, tak makan saman jugak. Yela, hari minggu pergi meeting ahli lembaga syarikat dia tu, hari bekerja, mengajar students pulak. Kadang-kadang balik kampung sebab nak tengok projek penternakan dia tu. So, semalam dan malam ni, sorang-sorang lagi la ye sebab balik maybe sampai malam, macam semalam. Alahai, tak penat ke sayang..

Dok tengah syok makan nasi tadi, tetiba ada orang call. New number, angkat je la. Rupa-rupanya, cikgu yang mengajar Ieyra memandu tu. Hari ni ada Ujian Statik kat MYEG KUANTAN. Alamak, tak kan Ieyra dah lambat, baru pukul8.45, dah tunggu depan rumah. Terpaksa la tinggalkan nasi, Encik Suami pulak tolong habiskan. Lepas bersalam dan rutin biasa kalau Ieyra atau dia nak keluar, Ieyra terus keluar. He said GOOD LUCK for me. :) Then, sampai sana, dah ramai orang. Ada yang asyik masuk keluar, ada yang masuk lama dan baru keluar. Bile sampai Ieyra punye turn, dapat PC 5, dah masukkan nombor I/C sume, mula la ujian statiknye. Bile dah semak keputusan, Oh My Allah, Alhamdulillah. Sekali buat, dah LULUS.

Ujian terbahagi kepada tiga, bahagian pertama Ujian kecacatan, Warna dan Penglihatan. Seterusnya ujian statik ada tiga bahagian, 1,11, dan 111. Bahagian pertama tu senang, dan makin susah untuk level seterusnya. Wajib betul minima 42 untuk lulus. Semua soalan ada 50. Kena jawab 50 soalan dalam 45minit, Ieyra jawab dalam 20 minit 13 saat. Setelah selesai, semak keputusan, ambik I/C, print result dekat dia punye kaunter pendaftaran yang kite daftar tadi. Fuhh, lega, dah dapat lesen Lesen Belajar Memandu (L). Alhamdulillah. :)




“You don't love someone because they're perfect, you love them in spite of the fact that they're not.”

14 Aug 2014

Ijazah Sarjana Muda Teknologi Maklumat Dengan Kepujian

Posted by Chenta Syahiera at 17:11 0 comments
Assalamualaikum w.b.t. :)

Result UPU dah keluar 12 Ogos 2014, beberapa hari yang lepas dan Ieyra punye result like this :


No. Matrik
:  
No. Kad Pengenalan
:  
Nama  
:  SYAHIERA FAZIDA BINTI ZAIZUKI
Program  
:  IJAZAH SARJANA MUDA TEKNOLOGI MAKLUMAT DENGAN KEPUJIAN (E-DAGANG)
Kod Program
:  HC13
Sekolah  
:  FAKULTI KOMPUTERAN DAN INFORMATIK
Bayaran semasa pendaftaran universiti
:  RM 1906.00

*Sila rujuk Buku Panduan Pendaftaran untuk butiran yuran


Ya Allah, tak terduga, dapat jugak kos E-Commerce tapi the problems here is Sabah. Sabah weyy, bukan Terengganu, bukan Kelantan ataupun Pahang. Satu-satunya dalam fikiran Ieyra sekarang, macam mana dengan si kembar dalam rahim Ieyra sekarang. Perlu tunggu 4/5 bulan sekali untuk bertemu mata dengan mereka. Terasa dugaan ni berat amat, kini Ieyra turut merasakan bagaimana erti rindu seorang ibu terhadap anak-anaknya, apetah lagi bagi Ieyra. Sesudah pantang, sudah terpaksa meninggalkan mereka. Ya Allah, minta ditabahkan hati ini, kuatkan semangatku demi sebuah kejayaan.

Ieyra mendapat sokongan sepenuhnya dari Encik Suami yang selalu memahami, dia juga berusaha untuk menangguhkan pengajian Ieyra untuk semester pertama bagi memudahkan proses bersalin di Semenanjung. Parents pun macam takde masalah bile Ieyra menyuarakan hasrat untuk menyambung pelajaran di sana. Mereka mampu menjaga kedua anakanak Ieyra walaupun ayah mereka jarang balik. Ya, Alhamdulillah. Syukur dikurniakan kedua-dua ibu bapa yang memahami.

Semangat untuk mengejar cita-cita begitu kuat walaupun pelbagai halangan yang terpaksa Ieyra tempuhi. Ieyra redha, kerana kadang-kadang takdir boleh menentukan segala-galanya. Perancangan Allah itu lag baik dari perancangan sesiapa pun. Ieyra faham dan akui kebenaran itu kerana perkahwinan dan hidup bersama setahun lebih bersama Encik Suami tidak terlintas dan tak pernah merancang secara terperinci pun. Allah itu Maha Berkuasa, urusan takdir, serahkan pada-Nya saja.

Entri ini ditaip juga diiringi air mata yang entah kenapa seakan tidak mahu berhenti. Sayangnya mahu meninggalkan orang yang berjanji untuk terus menemani kita semasa susah dan senang, sayunya mahu meninggalkan orang yang telah membesarkan kita, dan yang paling penting, saratnya nanti menahan rindu pada si kecil yang belum mengenal ibunya. I hope, my husband and both my dad and mom boleh didik mereka dengan elok. Biar bile berjumpa dengan ibunya, dia boleh memanggil Umi, tak takut dan still can respect me as their mother.

Sayang, Umi tak pernah ada niat untuk tinggalkan kamu berdua. Tanggungjawab ni memaksa kita berjauhan untuk sementara. Umi pasti kembali, Insya Allah. :')

Ieyra harap, keputusan yang Ieyra ambik ni diberkati, memudahkan segala urusan untuk selesaikan sebarang masalah yang timbul pada masa hadapan. Insya Allah.


“Being deeply loved by someone gives you strength, while loving someone deeply gives you courage.” 

13 Aug 2014

Ujian Pertengahan Semester (UPS) Bahagian Matrikulasi

Posted by Chenta Syahiera at 08:00 0 comments
Assalamualaikum w.b.t :)

Pepagi dah mula menaip hari ni. Semalam mimpi apetah, bangun awal pulak pagi ni. Encik Suami pun duk antara dua, percaya dengan tidak. Whatever pun, yang penting, Ieyra bangun. Jangan tak bangun sampai lusa dah ler ye. Pagi ni ada masak sikit, sebab bangun je perut dah berkeroncong, mintak diisi. Tu memang something yang tak boleh dilengahkan la kan?

Then, dua tiga hari akan datang dia busy sikit. Err, sedihnya! I'm alone again. Waa!!! Eh, over! Takde la sampai macam tu sekali. Dia busy petang je sebab kena pergi pantau dia punya students yang bersukan ape tah. Then, still have time for me. :) Senyum balik. What I can say, Ieyra dah boleh memahami dia walaupun sikit, and the most important is... he's kind. :)

Okey, perkara yang paling penting sebenarnya untuk hari ni, Ieyra nak wish GOOD LUCK untuk students matrikulasi, tak kire la Matrikulasi Pahang ke, Selangor ke, Johor ke. Pokoknye, GOOD LUCK untuk Ujian Pertengahan Semester (UPS) korang. Hope, buat yang terbaik walaupun nervous. Ieyra dulu pun macam tu, sampai menangis-nangis nak pergi exam bile call Umi, lepas tu bile dah balik bilik menangis lagi sebab takut kite je yang tak boleh jawab. Nampak tak Ieyra punye ketakutan? Ape pun, bile dapat result, buat tak tau je sebab apa, PSPM lagi penting daripada UPS dan tanpa kite sedar jugak, subjek yang kite selalu failed dalam UPS, adalah paper yang mungkin paling senang dalam PSPM. So, jangan sedih, study hard, tak payah bergantung harap dengan jawapan orang lain sebab akan ada satu masa, kite akan depend on our own.

Bile cakap pasal failed, sape yang tak sedih, tapi failed sekali bukan bermaksud failed selama-lamanya. Selagi kite usaha, Insya Allah kite akan temui kejayaan. Ieyra bukan tak pernah failed certain subjek like physic, pernah je, selalu pulak tu. Haha, tapi Alhamdulillah, berkat usaha B+ in my hand bile dapat result PSPM 11 hari tuh. Apa yang penting usaha, lepas tu tawakal sebab Allah S.W.T. je tempat kite berserah diri setelah lakukan semua yang kite mampu. :) :) :)



“Darkness cannot drive out darkness: only light can do that. Hate cannot drive out hate: only love can do that.”

11 Aug 2014

Akademi Memandu Kuantan

Posted by Chenta Syahiera at 10:48 0 comments
Asslamualaikum w.b.t :)

Hari ni nak citer sal semalam jugak, hari yang memenatkan sangat-sangat. Proses ambik lesen dah bermula, Ieyra pun tak tau laa apa yang mereka-mereka sume uruskan sampaikan begitu lama untuk bermula. Haha, tak sabar nak dapat kete ni. Aiyoo, tapi tak boleh bawak jugak nanti memandangkan dah sarat. :)

Sampai kat situ, kena daftar, scan cap jari, kedua-dua belah pulak tu. Abang tu muka macam gengster giler, tapi bile turn perempuan, dia bukan main respect, tak pegang-pegang tangan pun, tak macam sesetengah manusia yang keje kat bank tu. So, permulaan untuk buat lesen ni diberkatilah Ieyra harapkan. Insya Allah.




Mase tengah beratur tu, nak je Ieyra buat macam pic kat atas tu, lenguh kemain duk berdiri, orang ramai, panas pulak tu. Cahaya matahari memancar dengan teriknya, tunggu punya tunggu, ada la sorang kakak ni, umur dalam 34tahun kot, menegur. Tanya duk kat mana, umur berapa, anak ke berapa, dah berapa bulan, berapa bayar wang pendahuluan, pokoknye memang banyak soalan la. Terpegun sekejap Ieyra yang kepanasan ni, macam detektif polis la pulak kakak ni. :) Tapi Ieyra jawab je apa yang boleh jawab tu. Then, tibe laa mase giliran kiteorang yang mendaftar, haa, yes! ni yang paling kami tunggu, masuk bilik aircond. Haha.

Ada sorang lagi kakak yang umur 22tahun duk sebelah Ieyra mase dalam bilik tu. Dia pun ex budak matrik jugak, tapi matrik teknikal sekarang study kat UTHM, eh betul la kot apa yang dia cakap semalam. Ieyra dah terlupa dehhh. First part tu, dapat penceramah lelaki, alahai punye la mengantuk. Mata Ieyra memang tak tahan giler, berair, merah-merah, menguap entah kali ke berapa, Ieyra dah tak terkira. Kakak yang 34tahun tu asyik dengan fb nye, contact suami kot, Ieyra mengagak tapi what I know, dia orang Thailand sebab dia takut giler tak lulus ujian statik. :)



Apa yang menarik, both of them macam take care of me. Lagi-lagi kakak 22tahun tu, memang risau giler muka dia bile nampak Ieyra bergerak-gerak kat tempat duduk. Ieyra bukan apa, lenguh, tak selesa sebab baby-baby ieyra bergerak-gerak, macam dah tak nak bagi kerjasama untuk Umi dia. Kakak tu ingat perut aku dah nak bersalin, adoiii.. Semakin tengah hari, keadaan makin panas. Aircond dia macam tak bagi effect sangat dah, aircond rumah Ieyra lagi okey rasanya. Haha.

Part yang kedua, lebih interesting sebab penceramah wanita, kelakar pulak tu. Tak kering gusi dibuatnye tapi malangnya ada seorang lelaki tu macam berlagak lebih. Mengada-ngada, menyampuk yang tak sepatutnya, for me, dia kurang ajar sihh! Tak suke betul. Tapi syukur, dah berakhir kursus tersebut buat kali terakhir dalam hidup, maybe. Insya Allah. :)

Balik rumah, call Encik Suami sebab lupa bawak kunci rumah. Dia cakap dalam kasut, then, cari punya cari jumpe jugak. Sebaik pintu terbuka, terkejut beruk Ieyra dibuatnye, rumah bersepah, sampah ada kat mana-mana macam anak sepuluh orang yang bermain dalam rumah ni. Tengok pintu dapur, alamak, kenapa terbuka? Tapi nasib laa takde benda apa yang hilang. Alhamdulillah. :)

Kebetulan pulak Encik Suami pergi meeting ahli lembaga syarikat la konon-kononnya, so Ieyra dapat rehat sikit. Baring sekejap, solat, dan buat kemas rumah sikit. Dah nampak tak bersepah, masak nasi, malam tu baru masak lauk memandangkan Encik Suami punye program kat Temerloh. Perjalanannya ambik mase untuk balik rumah. Boleh rehat duluuu.. :)


“You know you're in love when you can't fall asleep because reality is finally better than your dreams.”

10 Aug 2014

Kawan Makan Kawan ?

Posted by Chenta Syahiera at 17:58 0 comments
Assalamualaikum w.b.t :)

Seriously, rasa rindu dengan apa yang pernah Ieyra ada dulu. Ieyra ke yang buang, atau pun benda yang dipinjamkan itu sudah ditarik balik. Wallahua'lam.. :( Ieyra faham, takde apa yang kekal di samping kite, kite sekalipun, takkan pernah kekal di muka bumi Allah ni. Sampai masa, kite akan meninggal, meneruskan perjalanan di alam barzakh pula.

Tetiba semalam terbicara dengan Encik Suami tentang tabiat orang di hadapan kite dan di belakang kite. Asalnya hanya berpokokkan orang kat tepi rumah tu je yang jadikan rumah sebagai bengkel kereta tapi lama-kelamaan Ieyra jadi terfikir dengan orang-orang disekeliling Ieyra sekarang. Lebih kurang sama sahaja sikapnya, di hadapan, memujuk dan merayu pada kite tapi di belakang, cuba untuk merosakkan jiwa dan perasaan kite. Encik Suami cakap itu lumrah, Ieyra cakap itu karma. :)

Ada segelintir yang hidup bersama kite selama ni, bukan kerana sayang mahupun kasih, tapi kerana  mahu melihat kite jatuh dan setelah itu berusaha supaya kite tak bangun lagi. Ieyra pun pernah melalui perkara yang sama, so, tak heranlah kalau ada di antara pembaca yang pernah melalui perkara yang sama. Hukum alam, akan ada yang baik dan ada pula yang tak baiknya. :)

Kite sebagai manusia, kena terima apa saja yang berlaku. Dengan penuh keikhlasan, dengan penuh redha. Semalam jugak ada terbaca satu entri kat blog sape tah, dah lupe namanya, terbicara pulak dia pasal istilah kawan makan kawan, Ieyra ada tinggalkan komen,

Kenapa kawan kupu-kupu tak makan nasi je? Kan lebih kenyang.
(Kupu-kupu menggantikan namanya memandangkan header nya ada word kupu-kupu)

Katanya pulak, kawan dia bukan manusia biasa, Ieyra tergelak kecil, lantas memulakan persahabatan dari situ. Orangnya baik, lembut dan bersahaja.

Kawan makan kawan, Ieyra pun dah lama sebenarnya tak dengar atau gunakan istilah ni. Istilah ni dalam bahasa omputihnye backstabber. Biasa berlaku dalam kalangan ahli keluarga dan Ieyra rasa yang paling baik berlaku dalam kalangan kawan-kawan sendiri. Mungkin kerana iri hati, hasad dengki, cemburu dan sebagainya. Dan menurut salah seorang rakan blog Ieyra, Teh O Kosong, katanya, ada yang sanggup berbunuhan. Tapi pada pendapat Ieyra, apabila melibatkan perasaan dan fikiran, semua benda boleh berlaku kerana apabila kedua-duanya terganggu, otak tidak lagi berfungsi secara positif dan efektif.



Tetiba Encik Suami buka lagu ni kat youtube, Ieyra layankan aje laa, tapi not bad! Tapi sentap, terkenangkan something. :(

http://www.youtube.com/watch?v=9KLTGLU1L_M

Lirik Lagu Masih Mencintainya: Papinka
Jika teringat tentang dirimuBerlinang air matakuKu rindu saat-saat bersamamuKasih sayangmu padaku
Kini kau bukan milikkuDan berakhir sudah cintakuBiarkan saja hatiku bicaraKu masih sayang padamu
Aku selalu mendoakanmuAgar kau bahagiaBersama dirinya selamanya
Mengapa mudahnya hatimu menduaKu lapangkan dada walau aku terlukaSemoga bahagia bersama dirinyaKarena kau telah memilih dia
Betapa sakitnya apa yang ku rasaTuhan kuatkanlah hatiku yang terlukaSemoga ku bisa tuk melupakannyaKarena ku masih mencintainya
Kini kau bukan milikkuDan berakhir sudah cintakuBiarkan saja hatiku bicaraKu masih sayang padamu
Aku selalu mendoakanmuAgar kau bahagiaBersama dirinya selamanyawooo wooo
Mengapa mudahnya hatimu menduaKu lapangkan dada walau aku terlukaSemoga bahagia bersama dirinyaKarena kau telah memilih dia
Betapa sakitnya apa yang ku rasaTuhan kuatkanlah hatiku yang terlukaSemoga ku bisa tuk melupakannyaKarena ku masih mencintainya


“Love all, trust a few, do wrong to none.”

9 Aug 2014

Fatal Growth

Posted by Chenta Syahiera at 12:04 0 comments
Assalamualaikum w.b.t. :)

Alhamdulillah, still lagi bernafas saat bermulanya hari yang indah ni. Tapi malangnya, bermula dengan something yang tak baik, bangun dari tidur, toleh kanan kiri, takde sape-sape, satu rumah Ieyra geledah, eh takde jugak. Pelik, hari ni kan hari minggu, sabtu lagi kau, tak kan kerja  part time pulak kat Megamall, ECM ke, tah-tah Kuantan Parade tak.


Pergi mana ?

Tunggu punya tunggu, bunyi pun orangnya balik. Lega, nak marah pun ada. Boleh pulak lesap macam MH370 macam tu je, yelakan, kite risau jugak, jin sembunyikan ke. Kan dah lepas Ramadhan, syaitan dan hantu-hantu dah boleh berkeliaran sekarang.

Semalam pergi klinik, kelmarin pergi medical check up untuk fatal growth kat hospital. BTW, he's need to apply CRK again to accompany me. Terpaksa! Haha.. Sedikit happy minggu ni sebab tetiba dapat doktor perempuan nama Fadillah, macam tak kawin lagi, baik giler! Alhamdulillah, at least aurat tak terdedah begitu sahaja. Yela, walaupun tujuannya untuk perubatan tapi kite kena jugak berusaha supaya aurat kite terpelihara. Penat-penat kite tutup selama ni, bile pergi hospital, senang hatinya mendedahkan walaupun terpaksa.

Kedua kembar Ieyra okey, perkembangan growth dia pun okey macam bayi yang lain. Yaa, lega laa sikit untuk Ieyra sebagai ibunya ni. Tapi, yang berkaitan dengan klinik desa ni, waa, rasa malas dah nak pergi sebab cerewet sangat! Banyak pantang larangnya, banyak medicines nya.. Adoii, tapi for sake of my twin right?

Takde apa yang penting doktor tu pesan :


Pasal diet seimbang :)


Ambik makanan yang banyak khasiat untuk bagi makan kat baby jugak. >.<
Then, yang paling Ieyra geram, dia punya Nurse terlalu ramai, sampaikan kite macam takde privasi. Dah laa asyik bersembang, bergosip yang tah  apa-apa. Err..




That's all from me :)




Dah malas nak menaip, mau buat keje rumah pulak, haha, semoga ada masa dan hayat lagi untuk terus update blog ni. :)

“It is better to be hated for what you are than to be loved for what you are not.”
 

Chenta Syahiera Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea