- See more at: https://jepunmari2.blogspot.com/p/cara-tukar.html#sthash.PrrPdanp.dpuf Chenta Syahiera: 2013

26 Sept 2013

Secebis Kenangan Yang Lalu

Posted by Chenta Syahiera at 18:50 0 comments
Hey Reader atau yang sempat singgah membaca entri yang dimilik dengan secara sah oleh Scha Syahiera ni. Haha. Cehhh..

Sehari dua ni nape rase sedih ek? Ieyra pun tak tau apa yang tak kena sekarang ni. Exactly right, bile depan member-member, roomates, I'm just okey, tapi dalam hati ni. Tah, kat sape Ieyra nak luahkan kat dunia ni? No ones understand me. :'( Pastu, petang tadi, boleh pulak air mata ni jatuh mase tengah solat. Khusyuk ke tu? Ieyra rase macam tak sebab lepas tu Ieyra solat balik. Actually, I miss my mum so much. Really miss her. Hati nak balik, tapi bile fikir keadaan family yang... tah laa. Tak tau nak cakap ape, memang nak balik dan pada mase yang same, tak nak balik. Perasaan Ieyra dah mengelirukan hati Ieyra sendiri.

Mum, I miss U damn much! :*

...................................................................................................................................................................

Dah habis sal family yang menyayat hati, haha.. ada ke menyayat hati. Macam tak balik sepuluh tahun lagak nye. Aishhh. Nak tau tak, Exam dah dekat. EXAM woi, bukan party ke funfair ke ape. EXAM final pulak tu, ketar lutut Ieyra di buatnye. Time-time exam macam ni laa, semakin banyak appointment dengan doktor yang terpaksa Ieyra hadiri for my sake jugak, kan? Memang for my sake, tapi pernah terfikir tak, bile ada appointment, automatically, Ieyra terpaksa skip kelas. Banyak kot, kelas yang kene skip, lecture la. Jarang appointment tu kene pada mase tutorial. So, masih dikira bernasib baik lagi la. Kalau kene whole day, memang naya Ieyra. Tak sempat kejaq, bak kata kawan kami dari Utara tanah air.

Nanti ada program pergi Singapore tau tak? Anjuran sape? Budak-budak yang Ieyra sayang sangat-sangat. Hahaha. Nakal. InshaAllah boleh join jugak. Mintak-mintak boleh laa. Lagi pun pasport dah ada, tunggu cop je kat sempadan. Haha. Macam biase. Seterusnya, Beijing dan Turki. See, banyak tempat yang tak boleh join. :'( Sedihhh. Semuanye sebab exam. Exam ni menyusahkan pelajar kan, name dah pelajar Ieyra oiii.

Bile tengok pic lame, terjumpa pic ni. Memang mengimbau kenangan lame, mase budak-budak dulu. Takde budak sangat, mase awal remaja dulu. Sekarang bile dah jadi bini orang ni, tak boleh macam-macam la. Haha. Bini ke? Gatal sangat nak ada pangkat tu. Belajar tak habis lagi. Dah, lupekan. Bile tengok pic ni, teringat pulak kat satu note yang Ieyra jupe dalam kotak hadiah mase aktiviti group diadakan.

Ieyra ler ni, edit je pun. :-p


Tempat Lepas Tension.

Comel, kan? Kalau boleh, macam nak pergi lagi walaupun untuk sekali. 


He’s not perfect. You aren’t either, and the two of you will never be perfect. But if he can make you laugh at least once, causes you to think twice, and if he admits to being human and making mistakes, hold onto him and give him the most you can. He isn’t going to quote poetry, he’s not thinking about you every moment, but he will give you a part of him that he knows you could break. Don’t hurt him, don’t change him, and don’t expect for more than he can give. Don’t analyze. Smile when he makes you happy, yell when he makes you mad, and miss him when he’s not there. Love hard when there is love to be had. Because perfect guys don’t exist, but there’s always one guy that is perfect for you.




We must get beyond passions, like a great work of art. In such miraculous harmony. We should learn to love each other so much to live outside of time… detached.

22 Sept 2013

Susah Itu Ujian, Senang Juga Ujian.

Posted by Chenta Syahiera at 22:18 0 comments
Rindu pada blog simple makin menebal, tambah-tambah, line macam nak hidup segan, mati tak mau. Eh, pepatah Melayu tu dah jadik pepatah Ieyra. Dah tunggang terbalik gaya nye. Banyak yang dah berlaku kebelakangan ni. Ape ek? Pahit, manis, sume ada laa. Bulan ni memang sume perkara yang terjadi datang dalam pakej. Pakej yang bukan sebarang pakej, pakej yang lengkap.

Pertama, Ujian Pertengahan Semester (UPS)
Result memang teruk wei, bukan Ieyra je, tapi sume orang, sume student. Takde laa sume, sesetengah. Eh, bukan sesetengah, majoriti. Yeah, majoriti. Majoriti yang Ieyra herankan sangat tu. Ape laa yang nak dipelikkan sangat kan, biase laa. Ada yang terlalu pandai dan ada yang terlalu kurang pandai. Ieyra ?? Intermediate kot. Eh, betul ke ayat tu??

Kawan.
Ieyra bahagia dengan kawan-kawan kat sini. Memahami walaupun masing-masing ada perangai yang pelik. Sebab apa? Sebab dorang memang ada perangai pelik tapi semua nye terbaik. Minggu lepas kot, 13/9/2013, celebrate berday Addin. Uwww, dashyat wei. Bermandikan air Coke. Yeahhh!

Bile habiskan mase dengan kawan-kawan, jadik teringat kat keluarga. Ye, jauh di sudut hati, memang masih ada mereka. Tak pernah lupe walaupun sedetik. Mereka tetap keluarga Ieyra, keluarga kandung, bukan angkat, bukan tiri. Setiap kata dalam doa Ieyra, masih ada nama mereka. Rindu yang hadir memaksa jari mencipta barisan ayat yang menggambarkan perasaan tika ini. Walaupun keluarga kami tak macam keluarga orang lain, tak macam yang pernah Ieyra jumpe, masih ada rasa syukur dalam hati ini. Sekurang-kurangnya, Ieyra masih ada orang yang bergelar ibu dan ayah.

Apa yang Ieyra selalu minta, satu mase je, sehari pom cukup laa, untuk menikmati mase yang selayaknya dipanggil keluarga. Bukan musuh.

Tazkirah Agama.
Ieyra pergi tazkirah ? Pergi laa, ingat Ieyra jahat sangat ke ape? Haha. gurau je la. Selalu la jugak pergi bile balik rumah keluarga kat sini. Cehhh, macam banyak nye keluarga. Haha, keluarga mertua bile lagi kan? Berbalik kepada kisah tazkirah kite tu ye para pembaca sekalian, ada satu tazkirah ni memang mencuit hati. Bukan geli hati laa, tapi mengundang syahdu. Cewahhh, dah pandai syahdu. Ha'a, memang syahdu sebab sampai nak nangis kot. Tapi, dikuatkan hati kecil, sebab Ieyra memang kuat pom. *perasan la pulak*

Tazkirah tu, kisah apa yang berlaku di Mesir sekarang. Menyamai apa yang berlaku pada zaman Nabi Musa a.s. Subhanallah. Sehinggakan pada zaman Nabi Musa a.s, Allah S.W.T membenarkan Nabi Musa melemparkan kata-kata kesat kepada Firaun setelah Firaun tidak menghiraukan kata-kata lunak Nabi Allah itu, malah, dicabar dan diperlekehkan Nabi Allah itu.

Tu yang berlaku di Mesir, Yang berlaku di Malaysia ? Subhanallah.



Love means never having to say you’re sorry.



17 Aug 2013

Hari-Hari Yang Strreeessss...

Posted by Chenta Syahiera at 21:30 2 comments
Stress ? Semua orang pernah alami. Ieyra tau, korang pom tau kan.

Minggu EXAM. Memang stress. Ada pulak problems lain yang datang mencelah. Ada budak perempuan mane tah yang buat hal kat facebook. Ieyra rase macam nak tumbuk je muke budak tu. Sampah betul laa.

Then, masalah rumah yang tak bertangga ni. Ieyra pom tak faham. Nape orang  yang Ieyra sayang tuu, macam tak nak dengar cakap apa yang Ieyra cakap. Bukan macam, tap memang tak nak dengar. Takpe laa. Harap jodoh ni berpanjangan, kekal sampai bile-bile. Tu yang Ieyra nak, yang die nak, tak tau. Kene tanya die.

Whatever pom, Ieyra harap Hari-Hari Stress ni tak berpanjangan. :)



As usual, there is a great woman behind every idiot.

10 Jul 2013

Ramadhan Tiba Lagi :)

Posted by Chenta Syahiera at 19:20 0 comments
Hari pertama puasa, fuhhhh... Alhamdulillah.. Ieyra okey-okey je. Mase kat kelas tak rase penat sangat, tapi dahaga je sikit-sikit. Perkara biase kan ?

First time, puasa tanpa family, something different. No my favourite food 'rojak ayam', no favourite drink and most important, no family members that I loved. Ada sedikit rase sedih, tambah-tambah waktu berbuka dan sahur. Dulu, kalau kat umah, mase nak berbuke camni, my grandmum dah membebel suruh hidang makanan kat meja, adik-adik pulak bising berebut pinggan nak makan. Maklum laa, sume kecik lagi. Cehhhh, 'sume', macam ramai laa pulak. Dua orang je kot. Dua orang je kot, tapi, mampu membingitkan keadaan ke tahap maksimum.

Bazar kat sini, tak macam kat kampung Ieyra dulu. Kat sini sume jual makanan-makanan berat. Takde pom kuih-muih. Takde sedikit pom. Alahai, rindu semakin menebal pada kampung halaman. Sebulan je lagi, nanti dah boleh balik kampung. Yahooooo..!!!! Tak sabar betul.


Mase Kat Lab Bio, Sempat Pose Lagi..

Lim Ji Fong, Budak Yang Selalu Ajar Ieyra Cakap Mandarin. Wo I Nie, Ji Fong. :*





My heart is, and always will be, yours.

7 Jul 2013

Life...

Posted by Chenta Syahiera at 00:07 0 comments
Hey, rindu makin membuak-buak kat blog bile hati tak lagi mampu menahan sebuah perasaan yang hakikatnye memang perlu diluahkan. Gadis kecil, yang dulu tak mengenal ape-ape, kini dah melangkau ke alam remaja dan kemudiannya menjadi dewasa. Umi, Abah, Along dah boleh membuat keputusan sendiri berkat didikan Umi dan Abah. Biar kami tak seperti keluarga yang lain, yang penting, kasih Ieyra pada mereka memang tak berbelah bahagi dan tak kan berbelah bahagi.

Tak sampai seminggu pom lagi, bulan Ramadhan akan menjelma. Bulan penuh barakah. Ieyra harap, bulan Ramadhan kali ini, menjadi penanda aras yang terbaik untuk melalui liku-liku kehidupan selepas ini, memandangkan Ieyra dah nak masuk fasa hidup yang baru, bersama orang yang baru dan bakal generasi yang baru.

Air mata menitis lagi bile mengenangkan keluarga yang jauh di sisi, menitis yang kali ke berapa. Ieyra sendiri pom tak tau. What I know, I hope they'll never forget me. Mom, Dad, I'm sorry, I take the decision without telling both of you first. I want to be the best, I will do everything to be in the right way. I hope, both of you will proud with my decision one day, you will smile to me and said, you're so happy to have me as your only one daughter. I want to make sure you're always happy, without thinking my difficulties that I need to go through here.

MR. RIGHT,
One's week to go. I hope you feel what I feel right now. Takkan ada sebarang changes pom dalam kata-kata yang sebelum ni. I'm ready. I'll change myself to be the better one. That's my determination. Thanks for everything, I'm appreciate it. InshaAllah, I'll try my best for being the better one.


Like a flying bird you came into my life. Your love was the strength that let me take the plunge. I didn't think that I would ever be this way but you have changed all things for me.

27 Jun 2013

Matrikulasi

Posted by Chenta Syahiera at 19:44 0 comments
Dah sebulan dah duduk kat Kolej Matrikulasi Pahang ni. Macam-macam yang dah aku lalui, homesick ? Tak kot. Tapi Ieyra rindu family. Tu memang tak dapat dinafikan.

Detik ini, baru Ieyra sedar betapa susah nye nak dapatkan segulung sijil diploma dalam mase 10 bulan. 10 bulan. Bukan setahun, bukan dua tahun. Hanya 10 bulan. Stress ? Memang stress yang teramat sangat. Semua kerja perlu dihantar dalam satu mase. Pernah satu hari, Ieyra kene hantar assignment math, lab report, chemist, biology and physic sekaligus dan hari yang same kami ada test Chemistry. Chemistry pulak tuu. Ya Allah... Memang mase tu rase tekanan yang selama ni Ieyra tak pernah rase.

Sekarang bahang pilihanraya dah makin terase. BTW, Matrik kami akan adakan pilihanraya 29 Jun nanti. So, semua calon sedang sibuk berkempen. Ieyra ? Sibuk ambik gambar orang yang berkempen. Sesuatu yang baru dalam hidup. Dulu kat sekolah, ada mengundi untuk MPP je. MPP je kot. Heee... :D

Roomates ?
Dorang dah maikn rapat dengan Ieyra. Tapi semua dah masuk zon stress sekarang. Semua busy. Kadang-kadang kesian jugak tengok dorang, tapi hakikatnye, Ieyra pom camtu. Walaweiii, Ieyra pom tak tau nak cakap ape. Kami still dapat gelak-gelak, macam sedang bercuti dan bile stress, muke masing-masing memang tak boleh blahhhh... Hahahaha... :)

Second Intake :)
Kawan yang secondary school pom ada yang datang sini. Ramai jugak laa. Fifi, Mirah, Mira, Ila, tah, tak ingat name la pulak. Haha, jahat ? Mane ada. Whatever pom, Ieyra harap, Ieyra pom boleh berjaya macam yang lain.

Pagi tadi, test MUET. MUET. Haha, teacher tu cakap, Ieyra quite good bile bagi idea, point pom berkesan. Tak nervous, tapi elaboration Ieyra tak okey sangat. Tu boleh diimprovekan lagi. Tu teacher yang cakap. Hahaha, Ieyra dah bangga giler mase tuu.

Budak Ni Yang Test MUET Tadi :)

"It was a million tiny little things that, when you added them all up, they meant we were supposed to be together… and I knew it."

31 May 2013

The New Beginning Of The New Life

Posted by Chenta Syahiera at 11:28 0 comments
Ini bukan kali pertama Ieyra pisah dengan family. So, bukan masalah besar bile Ieyra dapat tau, Ieyra berjaya ditempatkan di Kolej Matrikulasi Pahang (KMPh) untuk sesi 2013/2014. Walaupun bukan kali pertama, perasaan sedih bile terpaksa tinggal jauh dari keluarga untuk mase yang agak lame. Ieyra takut sebenarnye, 'Kite tak tau bile kite akan meninggalkan orang yang kita sayang, dan kita jugak tak tau bile orang yang kite sayang akan meninggalkan kite'. Ini betul, kan? Walau bagaimanapun, perasaan ini Ieyra pendam je, demi sebuah tanggungjawab : mencapai kejayaan untuk Umi & Abah.

Umi Abah : Along janji akan buat terbaik!

Dah seminggu je pom kat sini. Happy ? Tak pom. Minggu orientasi, biase laa. Sedikit penat, tak cukup tido oitttt. Dah laa ambe ni hantu tido. Ala mak aii. Roomates ? Sporting gler kot. Okey, Alhamdulillah. Ieyra okey je dengan dorang.

Salah seorang roomate. Syarfa...

Mak aii. Orang selangor tapi power cakap kelate..



Ieyra ada azam baru di sini. Ieyra pernah jatuh, dan tak nak jatuh untuk kali kedua. InshaALLAH, semoga Allah merestui apa yang Ieyra sedang jalankan.

MR. FUNNY.

Okey, tengok pic kat bawah. Amacam ? Engaged ? No comment.


Abaikan Baju Pink, Sedikit Tidak Comel.

The Moment I Saw You I Know My Life Never Be The Same.




 

Chenta Syahiera Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea